suria

[V] Selepas 77 hari dibicarakan Ahmad Zahid dilepas tanpa dibebaskan 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Isnin dilepas tanpa dibebaskan (DNNA) oleh Mahkamah Tinggi daripada 47 tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi yang diasaskannya.

Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah dalam penghakimannya berkata tempoh lanjutan yang diperlukan untuk siasatan adalah wajar kerana representasi yang dikemukakan oleh pihak pembelaan setebal ratusan muka surat untuk pemeriksaan pihak pendakwaan.

“Oleh itu adalah wajar bagi pihak pendakwaan untuk meneliti representasi ini yang turut melibatkan kenyataan daripada pelbagai individu,” katanya pada Isnin.

Terdahulu, pihak pendakwaan memohon agar Ahmad Zahid dilepaskan tetapi tidak dibebaskan kerana siasatan lanjut masih diperlukan untuk kes itu.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohd Dusuki Mokhtar menyenaraikan 11 sebab untuknya; ini termasuk memastikan tiada penyelewengan keadilan dilakukan dan memberi laluan kepada siasatan yang lebih menyeluruh oleh pihak berkuasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Zahid diarah bela diri atas 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram

Beliau juga berkata pihak pembelaan mengemukakan beberapa representasi kepada Jabatan Peguam Negara pada 8 Disember tahun lalu dan 25 Januari dan sekali lagi pada 28 Februari dan 7 Mac.

Mohd Dusuki berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih menyiasat kes itu selepas Ahmad Zahid membuat representasi.

Peguam Ahmad Zahid, Datuk Hisyam Teh Poh Teik berhujah untuk pelepasan penuh sebaliknya berkata bahawa penangguhan selanjutnya adalah tidak adil untuk anak guamnya.

Hisyam Teh mengatakan tiada garis masa ditetapkan mengenai kesimpulan siasatan oleh SPRM serta penubuhan dan kesimpulan RCI.

Hakim Sequerah dalam penghakimannya menambah bahawa mahkamah memutuskan DNAA kerana kes itu telah berjalan selama 77 hari melibatkan 99 saksi pendakwaan dan 15 saksi pembelaan telah tampil.

Beliau berkata kuasa yang dijalankan oleh AGC di bawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 254 Kanun Tatacara Jenayah untuk melarat atau menarik balik pertuduhan pada bila-bila masa sebelum penghakiman tidak dipersoalkan. -THE STAR

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain