suria

Zahid diarah bela diri atas 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram

Ahmad Zahid dibicarakan bagi sejumlah 47 pertuduhan, 12 daripadanya pecah amanah. Foto: BERNAMA.

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membela diri atas kesemua 47 pertuduhan rasuah membabitkan nilai jutaan ringgit daripada yayasan amal Yayasan Akalbudi (YAB).

Hakim Collin Lawrence Sequerah memutuskan pada Isnin bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie terhadap presiden Umno selepas mengambil kira keterangan yang dikemukakan pada perbicaraan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sempat lambai kepada penyokong di mahkamah, Nasib Zahid diketahui pagi ini

Hakim Sequerah menetapkan 18 hari mulai 28 Mac 2022, untuk bekas timbalan perdana menteri itu membela diri.

Ahmad Zahid dibicarakan bagi sejumlah 47 pertuduhan, 12 daripadanya pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan jutaan ringgit milik YAB. - The Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain