suria

Tun M masih jalani rawatan di IJN - Marina

Dr Mahathir (gambar fail) masih menerima rawatan di IJN. foto RAJA FAISAL HISHAN/The Star

TUN Dr Mahathir Mohamad masih menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Perkara itu disahkan oleh anak perempuan beliau, Datin Paduka Marina Mahathir.

ARTIKEL BERKAITAN: Tun M stabil, mohon rakyat doakan segera sembuh - Marina

Dalam satu kenyataan pada Ahad, beliau berkata, seluruh keluarga telah berinteraksi dengan bapanya.

"Bagi pihak Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, kami sekeluarga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak, di dalam dan luar negara, yang telah menganjurkan majlis doa selamat dan bacaan yasin dan juga orang ramai dari pelbagai agama yang telah mengirim doa serta ucapan agar Tun Dr Mahathir cepat sembuh.

"Kami juga berharap agar orang ramai tidak mengendahkan khabar angin yang disebarkan oleh sumber-sumber yang tidak sahih," katanya.

Marina berkata, pihak IJN dan keluarga Dr Mahathir akan mengeluarkan kenyataan dari semasa ke semasa.

Terdahulu, Dr Mahathir dilaporkan dirawat di Unit Rawatan Koronari (CCU) IJN.

Pada 7 Januari lalu, Dr Mahathir dimasukkan ke IJN bagi menjalani prosedur perubatan elektif dan dibenar keluar pada 13 Januari.

Pada 16 Disember tahun lalu, beliau dimasukkan ke IJN untuk pemeriksaan perubatan menyeluruh dan pemantauan lanjut, sebelum dibenarkan keluar pada 23 Disember.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain