suria

Tunku Azizah melawat Tun M di IJN

Tunku Azizah melawat Tun Dr Mahathir di IJN pagi Ahad. Foto: Sinar Harian

RAJA Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pada Ahad menziarahi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Institut Jantung Negara (IJN).

Seri Paduka Baginda dilihat keluar dari IJN pada pukul 9.35 pagi dan sempat melambai kepada pihak media sebelum beredar.

Dr Mahathir kini dirawat di Unit Rawatan Koronari (CCU) pusat perubatan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Tun M stabil, mohon rakyat doakan segera sembuh - Marina

Pengamal media mula berkumpul di luar IJN sejak Sabtu bagi mendapatkan perkembangan terkini status kesihatan negarawan berkenaan.

Lewat petang Sabtu, Datin Paduka Marina memaklumkan keadaan bapanya kini stabil dan memberi respon yang baik kepada rawatan lanjutan prosedur elektif yang dijalankan 8 Januari lepas.

Dr Mahathir sebelum ini dibenarkan keluar dari IJN pada 13 Januari selepas dimasukkan ke pusat perubatan itu pada 7 Januari.

Beliau menjalani prosedur perubatan elektif yang dikendalikan sepasukan doktor dari institut tersebut dan Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 8 Januari. - SINAR HARIAN

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Sebelum

Artikel Lain