suria

Sultan Ibrahim perkenan bubar Dun Johor

Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar pada Sabtu berkenan menandatangani watikah pembubaran Dewan Negeri Johor (Dun). Foto: Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar pada Sabtu berkenan menandatangani watikah pembubaran Dewan Negeri Johor (Dun) untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi baginda, ia menyatakan Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad pada pukul 5 petang di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.

Berangkat sama, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.

ARTIKEL BERKAITAN: PRN Johor: Hasni menghadap Sultan Ibrahim

Pada pertemuan tersebut, Hasni turut diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani yang kemudian mempersembahkan watikah pembubaran Dewan Negeri Johor.

Fasal 23 Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 bahawa Dewan Negeri Johor Darul Ta'zim yang Ke-14 termansuh pada 22 Januari 2022.

Terdahulu, The Star melaporkan bahawa Dun Johor dijangka dibubarkan secara rasmi pada petang Sabtu bagi memberi laluan kepada PRN diadakan di negeri itu.

Kerajaan Johor pimpinan Umno mempunyai majoriti mudah dengan 28 kerusi berbanding Pakatan Harapan (PH) sebanyak 27 kerusi, manakala satu kerusi kosong selepas pemergian bekas menteri besar Datuk Osman Sapian, yang merupakan Adun Kempas, pada 21 Disember lalu.

Ketika ini, kerajaan negeri terdiri daripada Umno (14), MIC (2), PAS (1) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (11) manakala pembangkang terdiri daripada DAP (14), Amanah (6) dan PKR (7). - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain