suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ismail Sabri melawat Tun M di IJN

Ismail Sabri tiba di IJN dengan kenderaan Toyota Vellfire pada petang Sabtu.

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, untuk melawat Tun Dr Mahathir susulan perkembangan terbaharu mengatakan bahawa negarawan itu dimasukkan semula ke pusat rawatan tersebut.

Ismail Sabri tiba dengan kenderaan Toyota Vellfire dan diiringi sekumpulan anggota polis, sekitar pukul 5.38 petang Sabtu (22 Jan).

ARTIKEL BERKAITAN: Pengamal media berkampung di IJN tunggu perkembangan situasi Tun M

Beliau sempat menurunkan tingkap kenderaan dan melambai kepada pemberita.

Perdana Menteri meninggalkan IJN sekitar pukul 6.05 petang tanpa memberi sebarang ulasan mengenai lawatannya itu.

Terdahulu, para pengamal media berkumpul di IJN bagi mengikuti rapat perkembangan mengenai situasi kesihatan mantan perdana menteri.

Dikhabarkan, Dr Mahathir ketika ini berada di Unit Rawatan Koronari (CCU).

Pasukan komunikasi Dr Mahathir berkata satu kenyataan akan dikeluarkan tidak lama lagi, tetapi enggan mengulas lanjut.

Dr Mahathir, 96, baru-baru ini dibenarkan keluar dari IJN pada 13 Januari, selepas dimasukkan pada 7 Januari. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Tun Dr Mahathir Mohamad, IJN, CCU

Artikel Berikut

Artikel Lain