suria

PRN Johor: Hasni menghadap Sultan Ibrahim

Hasni mengesahkan bahawa Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Iskandar berkenan untuk menerima menghadap pada pukul 5 petang, Sabtu.

MENTERI Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad mengesahkan bahawa Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Iskandar berkenan untuk menerima menghadap pada pukul 5 petang, Sabtu.

Hasni berkata sebelum menghadap baginda, beliau akan bermesyuarat dengan Exco kerajaan negeri di Kota Iskandar.

ARTIKEL BERKAITAN: Amanah ugut tarik balik sokongan kepada PM jika PRN Johor diteruskan

"Saya akan berjumpa media nanti pada pukul 6 petang untuk membuat pengumuman. Pada masa ini, saya telah mendapat mandat daripada Umno Johor untuk meneruskan pilihan raya negeri (PRN)," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat selama satu setengah jam di Pejabat Umno Johor.

The Star sebelum ini melaporkan bahawa Dun Johor dijangka dibubarkan secara rasmi pada petang Sabtu bagi memberi laluan kepada PRN diadakan di negeri itu.

Kerajaan Johor pimpinan Umno mempunyai majoriti mudah dengan 28 kerusi berbanding Pakatan Harapan (PH) sebanyak 27 kerusi, manakala satu kerusi kosong selepas pemergian bekas menteri besar Datuk Osman Sapian, yang merupakan Adun Kempas, pada 21 Disember lalu.

Ketika ini, kerajaan negeri terdiri daripada Umno (14), MIC (2), PAS (1) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (11) manakala pembangkang terdiri daripada DAP (14), Amanah (6) dan PKR (7). - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain