suria

PM beri jaminan tiada lagi PKP selepas ini

Ismail Sabri memberi jaminan tiada PKP selepas ini.

RAKYAT Malaysia pastinya berasa sedikit lega apabila tiada lagi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara selepas ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan tersebut berikutan keresahan rakyat apabila PKP akan dilaksanakan semula termasuk ketika sambutan Aidilfitri tahun ini.

"Saya pernah umumkan bahawa kita tidak akan buat lagi PKP seluruh negara, negeri dan daerah.

"Sektor ekonomi buka seperti biasa, saya beri jaminan tidak akan akan menutup lagi negara dari segi perniagaan, pergerakan rakyat bebas seperti biasa, tetapi kita fokus kawasan bersasar sahaja," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini pada Ahad.

Beliau berkata sedemikian selepas perjumpaan bersama anggota-anggota Kemas daerah Bera.

Menurut Ismail Sabri, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan sekiranya sesuatu kawasan berlaku peningkatan jumlah kes positif Covid-19.

"Contohnya seperti di Bera, kawasan di Felda Sebertak di situ ada kes meningkat, PKPD dilaksanakan.

"Jadi jangan bimbang dah ada buat spekulasi, kononnya rakyat tak boleh balik, itu semua tidak betul, kita pastikan perkara ini tidak berlaku," tegasnya lagi. - Sinar Harian

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

tiada PKP, PKP, PKPD, raya PKP,

Artikel Berikut

Artikel Lain