suria

“Lebih stres layan kamu daripada lawan Covid-19” - Konon prihatin, doktor ‘sekolahkan’ golongan penyibuk ketika pandemik demi nak membawang

Kita perlu memainkan peranan sebagai anggota masyarakat yang prihatin dengan memberikan sokongan kepada pesakit Covid-19 agar individu berkenaan tidak tertekan. Gambar hiasan

TIADA siapa yang mahu dijangkiti Covid-19.

Justeru apabila mendapat perkhabaran duka bahawa diri disahkan dijangkiti virus yang boleh membawa maut itu, sudah pastinya pelbagai macam perasaan menghantui diri.

Pada ketika inilah, pesakit amat memerlukan sokongan serta persekitaran yang positif yang secara tidak langsung akan mempercepatkan proses penyembuhan.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami isteri degil enggan buat swab test kini nazak positif Covid-19! Doktor tak pasti pengakhiran mereka - “Saya harap pasangan ni didatangi malaikat ketika koma”

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita terbaring nafasnya laju, doktor dapat rasakan ‘sesuatu’ sebaik melangkah masuk rumah pesakit... selalu berselisih bahu tugas malaikat maut - “Aku bukan bomoh atau ustaz”

Namun begitu, tidak dapat dinafikan masih wujud segelintir individu yang kurang prihatin dan kurang sensitif apabila mengeluarkan kata-kata serta melakukan sesuatu tindakan yang boleh menjejaskan emosi pesakit Covid-19.

Menerusi satu posting di Facebook, seorang doktor, Dr Malar Santhi Santherasegapan memberikan panduan bagaimana seseorang dapat memainkan peranan sebagai rakan ataupun anggota masyarakat yang prihatin sekiranya kenalan mereka disahkan positif Covid-19.



Seorang individu yang disahkan positif Covid-19 memerlukan sokongan daripada orang sekeliling lebih-lebih lagi buat mereka yang sedang bertarung nyawa. Gambar hiasan

"Kenalan kamu disahkan positif Covid-19? Apa kamu tak patut buat? Antaranya tanya soalan bertubi-tubi, sibuk nak tahu info tambahan sebagai modal untuk sesi 'membawang' kamu, lebih risaukan diri kamu sebagai kontak rapat daripada dia yang dah sah positif;

"Marah atau maki orang yang dah positif tu, persoalkan penjagaan SOP, penggunaan mask atau sanitizer. Apa lagi kamu tak patut buat? Beri nasihat perubatan yang tak diminta dan tak bertauliah yang tak membantu malah membuatkan orang tu panik.

Benarkan pesakit rehat, bertenang dan kumpul semangat dia. Tak usah nak curah panik kamu kepada dia.

DR MALAR SANTHI SANTHERASEGAPAN

DOKTOR

"Menjengkelkan dan tidak membantu, maka jangan buat. Pendek kata, menjengkelkan atau membuatkan orang yang dah positif tu lebih stres nak layan kamu daripada nak lawan Covid-19.

"Benarkan pesakit rehat, bertenang dan kumpul semangat dia. Tak usah nak curah panik kamu kepada dia. Kalau nak nasihat, dia akan pinta, barulah kamu hulurkan. Bayangkan si polan ada 10 kontak rapat, 20 ahli keluarga, semua bagi pendapat dan nasihat masing-masing, dia nak ikut yang mana satu?" tulisnya.

Sebaliknya menurut doktor ini, sebagai seorang kenalan ataupun jiran, seseorang itu sebaik-baiknya memberikan kata-kata semangat dan bertanyakan sama ada pesakit memerlukan bantuan atau perkara lain.



Berhubunglah dengan pesakit lebih kerap untuk bertanya khabar, memberikan kata-kata semangat atau menghulurkan bantuan. Gambar hiasan

"Apa kamu patut buat? Panjatkan doa untuk kenalan itu. Jika diberitahu kamu kontak rapat, kekal tenang dan sabar. Apa lagi kamu patut buat?

"Selalulah berhubung dengan si polan sepanjang tempoh kuarantin, pastikan mental dia masih kuat melawan jangkitan ini. Janganlah hari pertama je bersemangat, pot pet pot pet, lepas tu kamu lenyap.

"Sentiasa doakan supaya kenalan kekal tabah dan kuat mengharungi jangkitan ini, dan cepat sembuh balik seperti sediakala. Ingatkan rakan-rakan dan ahli keluarga yang lain supaya menjaga hati dan perasaan pesakit.

"Ingat, kesihatan mental adalah yang paling penting dan sangat penting dalam mengharungi jangkitan Covid-19. Bersama-sama kita harungi wabak ini!" kongsinya lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain