suria

Selepas 4 tahun bersama, pemergian mengejut Ebo undang hiba seisi keluarga... belum sedia cari pengganti - “Kalau rehat, Ebo datang picit”

Kucing yang diberi nama Ebo itu mati pada Jumaat lalu.

SUDAH dianggap seperti keluarga sendiri.

Begitulah kata-kata seorang wanita berhubung keakraban dia dan anak-anak dengan seekor kucing jantan yang dibela sejak empat tahun lalu.

Namun, semuanya tinggal kenangan apabila kucing yang digelar Ebo itu mati pada Jumaat lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Apa saja demi haiwan! Dua gadis bergegas pergi kerja sanggup patah balik alih kucing mati, bangkai anjing pun pernah alihkan - “Kalau geli sekali pun, masih boleh tolong”

ARTIKEL BERKAITAN: Geramnya! Pelajar ‘pasrah’ dapat kucing minat laptop, digigit-gigitnya skrin sewaktu kelas online

Menurut Aidah Yusoff, 51, pemergian itu ternyata memberi kesan emosi memandangkan mereka sudah terbiasa dengan kehadirannya.

"Pada mulanya saya syak Ebo kena gigit serangga atau lipan. Pada pagi Jumaat, Eob nampak monyok.

"Dalam tengah hari kami bawa ke klinik haiwan, doktor periksa dan memang ada bengkak pada paha Ebo.

Kata Aidah, dia pastinya merindui kerenah Ebo selepas ini.

"Doktor bagi ubat sembur dan ubat tahan sakit. Kami bawa balik tapi keadaannya makin lemah sebelum ia mati dalam pukul 4.30 petang," ujarnya kepada mStar.

Menerusi video yang dikongsi oleh anak Aidah, ahli keluarganya cukup sedih dengan kehilangan itu.

Malah, mereka turut membalut bangkai kucing berkenaan dengan kain pelikat sebelum ditanam di satu sudut berdekatan pagar kediaman mereka di Tanah Merah, Kelantan.

Kita bela kucing, kita bagi makan... InsyaAllah, Allah akan gandakan rezeki kita.

AIDAH YUSOFF

"Semua sedih, kebetulan petang tu keluarga mak saya pun ada datang ke rumah. Semua sempat tengok saat terakhir Ebo.

"Memang rindu. Sebelum ni kalau kita rehat, Ebo akan datang picit-picit dengan kakinya. Saya ambil Ebo masa umurnya lima bulan, ambil dengan anak saudara.

"Ebo seekor kucing yang manja. Kalau anak-anak saya bergurau atau geletek, Ebo tak pernah tunjuk reaksi agresif," ujarnya dalam nada sebak.

Saat-saat terakhir Ebo sebelum ia mati pada Jumaat lalu.

Kata Aidah, ada saudara mara yang menawarkan kucing baharu sebagai pengganti, namun dia belum bersedia dan masih lagi terkesan dengan pemergian kucing kesayangannya itu.

Jelasnya lagi, dia ada menghubungi doktor di klinik haiwan yang selalu dikunjunginya dan mereka syak kematian itu turut berpunca daripada sejenis virus memandangkan Ebo juga sudah lama tidak disuntik vaksin.

"Kita bela kucing, kita bagi makan... InsyaAllah, Allah akan gandakan rezeki kita," ujarnya yang sering memberi makan kepada kucing-kucing jalanan di sekitar kediamannya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain