suria

Bukan TikTok, main game... budak si penjual kacang rebus pakai seluar sekolah diuji, soalannya sensitif buat muka terus berubah – “Biar tak kaya, tapi jangan menipu”

Seorang budak berseluar sekolah rendah menjual kacang rebus. -gambar hiasan/foto facebook Mohd Fadli Salleh/Muhammad Yusof

VIDEO aplikasi popular TikTok dan permainan video PUBG mungkin tidak perlu diperkenalkan lagi kepada budak-budak sekolah.

Ini kerana segelintirnya mungkin lebih mahir dalam mengikuti trend yang menjadi kegilaan anak-anak muda hari ini.

Namun, bukan semua mengemarinya kerana masih ada budak-budak sebaya dengan mereka ada 'tugasan' yang perlu dilakukan sebaik loceng tamatnya sesi persekolahan berbunyi.

ARTIKEL BERKAITAN: "Ah silap tanya ke ni?" - Guru tak sengaja cungkil kisah pekerja kedai runcit makan mi segera... dah beli plastik sampah, terus tapau nasi kedai sebelah

ARTIKEL BERKAITAN: Guru 'curiga' murid tidur dalam Grab sambil pegang buku, tersentak pemandu dedah kisah sebenar - "Saya dah tersalah tanya soalan ni"

Berkongsi pengalaman, seorang guru didatangi kanak-kanak ketika sedang menjamu selera di sebuah premis.

"Datang sorang budak, jual kacang rebus. Dia pakai seluar sekolah biru yang budak-budak sekolah rendah selalu pakai. Kalau ikut masa sekarang ni memang waktu baru habis sekolah.

"Saya tanya dia baru habis sekolah ke dik?. Dia jawab ya. Saya tanya lagi mak ayah mana dik?," tulis guru berkenaan di halaman Facebook bernama Muhammad Yusof.



Dua bungkus kacang rebus yang dibeli seornag guru.

Kanak-kanak itu kemudian menjawab pertanyaan itu dengan selamba, tetapi jawapan yang diberikan jelas membuatkan air mukanya berubah.

"Dia jawab ayah dah meninggal, mak pula tengah jual kacang juga. Muka dia terus berubah jadi sedih, mungkin teringat kat arwah ayah dia.

"Nak tukar topik, saja saya bagi soalan nak uji budak ni. Dik, abang tengok kacang ni macam semalam punya je," ujar Muhammad Yusof meneruskan perbualan.

Kesusahan hidup menjadikan keluarga ini kuat dan saya percaya yang anak kecil ini akan menjadi someone special bila dia besar nanti

MUHAMMAD YUSOF

Riak wajah kanak-kanak itu sekali lagi berubah, namun dengan pantas dia memberikan jawapan.

"Dia jawab bang, setiap hari mak saya bangun pagi-pagi uruskan saya dan adik nak pergi sekolah, lepas tu dia akan uruskan masak kacang ni bang. Mak saya pesan biar kita tak kaya, tapi jangan menipu bang.

"Terus jantung saya macam terberhenti kejap. Rasa bersalah tertanya soalan sensitif macam tu. Saya minta maaf, tapi budak tu senyum je. Yelah, budak-budak kan. Manalah tau nak ambil hati sangat," tambahnya.



Perkongsian seorang guru mengenai seorang kanak-kanak menjual kacang rebus.

Menurut Muhammad Yusof, dia membeli dua bungkus kacang rebus daripada kanak-kanak itu.

"Lepas tu saya bayar RM20. Baki tu saya kata buat duit sekolah dia. Dia ucap terima kasih kat saya lepas tu dia hilang dari pandangan saya.

"Saya terfikir dari sudut skil keibubapaan, alangkah hebatnya didikan ibu bapa budak ni. Kesusahan hidup menjadikan keluarga ini kuat dan saya percaya yang anak kecil ini akan menjadi someone special bila dia besar nanti.

"Yelah, di saat budak lain leka buat challenge TikTok lah, main gamelah, saya kagum dengan kegigihan budak jual kacang ni luangkan masa nak cari duit untuk bantu tambah pendapatan keluarga dia," katanya sambil mendoakan agar dua beranak itu dimurahkan rezeki mereka.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain