suria

Pakai face mask pun tak kalis gugup! Akak cashier kongsi debaran 10 minit berdepan Agong, 2 putera kacak - “Tengok depan-depan lagi handsome”

Kenangan... Suhaily (gambar kecil) mengambil pesanan Agong dan dua anakanda baginda di kaunter. Foto instagram Istana_Negara/ihsan Nursuhaily Natasha Mohd Ali

KEMUNCULAN Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menikmati santapan di tempat awam bukan perkara baharu, kerana baginda begitu terkenal dengan sifat peramahnya serta berjiwa rakyat.

Bukan juga pertama kali berkunjung ke restoran makanan segera, baginda sekali lagi mencemar duli di sebuah premis pada Selasa.

Beberapa foto yang dikongsikan di laman Instagram Istana Negara menunjukkan Agong berkenan menikmati santapan tengah hari di restoran McDonald’s Indera Mahkota di Kuantan, Pahang.

ARTIKEL BERKAITAN: Comelnya! Tunku Azizah singgah kedai tepi jalan tanya mi bandung, siap ada permintaan - "Janji tau, ambil nombor telefon dia"

ARTIKEL BERKAITAN: "Adoi panggil kakak lagi, ampun tuanku" - Agong, Permaisuri tak sempat singgah gerai, peniaga durian cuba nasib jumpa di airport selepas hafal skrip

Keberangkatan baginda kali ini turut diserikan dengan kehadiran dua anakanda Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah.



Al-Sultan Abdullah berkenan menikmati santapan tengah hari di restoran McDonald’s Indera Mahkota, Kuantan. Foto instagram istana_negara

Turut menjadi perhatian netizen adalah seorang kakitangan restoran itu yang mengambil pesanan Agong dan anakanda baginda di kaunter.

"Kalau saya jadi akak cashier memang terketar tangan agaknya," komen seorang netizen.

"Jadi akak cashier tu confirm saya kaku. Dah la ada dua prince charming kat situ sekali hehe," ujar seorang lagi.

Kakitangan yang digelar 'akak cashier' berkenaan, Nursuhaily Natasha Mohd Ali berkata, dia tidak menyangka tugasannya pada hari tersebut begitu mencabar.



Petugas mengambil pesanan Yang di-Pertuan Agong. Foto instagram istana_negara

Gadis berusia 21 tahun itu memberitahu, semua kakitangan telah dimaklumkan lebih awal mengenai keberangkatan Agong ke premis mereka untuk santapan tengah hari.

"Saya memang ditugaskan untuk menjadi cashier di kaunter. Ikutkan saya minta rakan setugas ganti sebab perasaan takut dan gementar tu ada.

"Sebelum ini saya pernah nampak tuanku di majlis perkahwinan. Tapi situasi ini jauh berbeza kerana saya menghadap baginda," katanya kepada mStar.



Al-Sultan Abdullah (tengah) bersama Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (kanan) dan Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah. Foto instagram istana_negara

Lebih mesra disapa Suhaily, gadis berasal dari Kuantan itu mengakui gementar saat bertentang mata dengan baginda bersama dua anakanda meskipun memakai topeng muka.

"Ya Allah, face mask yang saya pakai tu tak cukup nak sembunyikan rasa nervous saya. Rasa menggigil juga ada. Kalau tak pakai face mask, lagi berdebar rasanya.

Face mask yang saya pakai tu tak cukup nak sembunyikan rasa nervous saya.

NURSUHAILY NATASHA MOHD ALI

"Keramahan tuanku membuatkan saya lebih tenang. Mudah juga untuk berurusan dengan tuanku dan anakanda, syukur segalanya dipermudahkan," katanya yang bertugas di McDonald's Indera Mahkota sejak tiga bulan lalu.

Graduan Sijil Kulinari di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik di Kemaman, Terengganu itu menjalani latihan amali di restoran makanan segera itu di Shah Alam, awal tahun ini.



Yang di-Pertuan Agong (tiga, kiri) bersama kakitangan McDonald's Indera Mahkota. Foto ihsan Nursuhaily Natasha Mohd Ali

Menurut anak bongsu daripada lima beradik itu, dia sama sekali tidak menyangka berpeluang bertemu dengan tiga figura hebat yang disifatkannya sebagai peluang keemasan.

"Selain keramahan tuanku, turut terkesan apabila dua anakanda membuat pesanan di kaunter secara bergilir. Tempoh 10 minit bersama ketiga-tiga mereka adalah saat yang akan saya kenang sampai bila-bila.

"Sebelum ni tengok anakanda-anakanda tuanku menerusi gambar dan TV sahaja, memang mereka handsome semuanya.

"Tapi bila tengok depan-depan, saya tak tahu nak kata apa sebab mereka sebenarnya lagi handsome. Memang prince charming sangat!" katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain