suria

Pengamal perubatan kongsi cara batal sihir dihantar nak tutup periuk nasi! Ramai peniaga tak tahu rupa-rupanya tak boleh sembarangan ambil duit pelanggan

Sihir menggunakan duit dilakukan oleh seseorang bertujuan untuk menutup periuk nasi orang lain.

PERCAYA atau tidak, sihir masih lagi diamalkan sehingga kini walaupun dunia sudah memasuki tahun 2020.

Demi mahu menjatuhkan 'musuh', segelintir individu sanggup berbuat apa sahaja termasuklah menggunakan amalan syirik ini.

Salah satu sihir yang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat Melayu adalah sihir perniagaan, yang mana ia terjadi ekoran timbul rasa iri hati terhadap kejayaan orang lain ataupun pesaing.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia baring kat sofa dan nak tanggal pakaian... panas katanya” - Kakak tak sanggup lihat perubahan adik kena sihir

ARTIKEL BERKAITAN: Tidak sedar disihir... Setiap kali mahu ‘bersama’ suami, mulalah Wanni menjerit umpama dirasuk

Menerusi satu posting di Facebook, seorang pengamal perubatan berkongsi salah satu kaedah 'popular' yang digunakan seseorang untuk menutup periuk nasi orang lain.

Dipanggil sihir duit, pengamal perubatan tersebut berkata, ia biasanya terjadi kepada mereka yang mengusahakan restoran ataupun kedai makan.



Perkongsian oleh seorang pengamal perubatan mengenai sihir duit yang sering dilakukan oleh pelanggan di kedai makan.

"Salah satu sihir menggunakan duit, untuk tutup periuk nasi perniagaan orang. Hati-hati pada peniaga-peniaga gerai atau restoran.

"Sekiranya ada pelanggan bagi duit menggunakan tangan kiri, sedangkan tangan kanan dia letak di belakang atau poket... jangan ambil.

"Sekiranya dapat duit begini, asingkan dari peti duit meniaga yang lain," tulisnya sambil turut memuat naik sekeping gambar wang kertas yang digunakan untuk tujuan berkenaan.



Contoh sekeping duit yang dilekatkan dengan kayu (kiri), dan kepingan wang syiling di lantai kedai makan adalah salah satu petanda sihir duit.

Ia adalah sekeping wang kertas yang dilekatkan dengan sebatang kayu kecil bersaiz lidi pada bahagian belakang wang tersebut.

Pengamal perubatan berkenaan dalam masa yang sama turut berkongsi amalan yang boleh dilakukan oleh mangsa bagi 'membatalkan' sihir berkenaan.

"Jika sudah terpegang, ambil wuduk cepat-cepat. Ambil segelas air, bacakan surah Sulaiman dan Al-Falaq tiga kali, letak secubit garam atau sebiji sebiji garam kasar dengan lafaz Lahaulawala quwwatailla billah, minum, basuh muka dan tangan. InsyaAllah sebelum melarat. Tok doakan moga peniaga-peniaga dilindungi oleh Allah," tulisnya lagi.



Kedai makan yang mendapat sambutan menjadi sasaran untuk disihir. Gambar hiasan

Posting tersebut mengundang perhatian netizen dengan segelintir daripada mereka turut berkongsi pengalaman pernah hampir menjadi mangsa sihir.

"Pengalaman masa berniaga burger dulu macam ni la duit RM5 digunting-gunting... syiling semua ada bawah gerai, tanah merah depan gerai," tulis seorang netizen.

"Saya dengan suami berniaga, laris sangat. Tapi hari-hari ada duit syiling merata-rata. Selalu ambil buang pakai tanganlah sebab kurang arif bab ni. Sampai kami tak semangat nak berniaga dan sampai satu masa suami menderita sakit kaki yang tak tahu punca," tulis seorang lagi netizen.



Sungguhpun sudah memasuki tahun 2020, namun masih ada segelintir masyarakat yang menggunakan sihir untuk kepentingan peribadi.

"Saya sebelum start niaga selalu jumpa duit syiling dengan duit seringgit dekat lantai tapak niaga padahal sebelum tu mesti sapu dulu, siram dengan air tapi Alhamdulillah ada orang petua jangan kutip duit," komen seorang pengguna lagi pula.

Sehingga kini posting tersebut meraih 2,700 shares.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain