Stres berganda! Nak hadap SPM tapi kulit muka buat hal, sampai ada suruh pakai kertas pasir... berkat sabar remaja ini bakal terbang ke UK!

Azalea akui tertekan sewaktu menghadapi SPM gara-gara masalah kulit muka yang melanda.

MASALAH kulit wajah yang membelenggu ternyata memberi tekanan buat gadis ini sewaktu dia menghadapi Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) pada tahun lalu.

Namun dalam tempoh enam bulan selepas itu, Azalea Qistina Azhar berjaya mendapatkan kulit muka yang sihat sekaligus menyuntik semula keyakinan dalam dirinya.

Tidak terhenti di situ, gadis berusia 18 tahun itu turut berkongsi petua di laman Twitter sehingga ia mengundang perhatian ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: “Mungkin dulu orang tak pandang saya” - Gadis kongsi foto glow up rupa-rupanya pernah lalui episod hitam

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan main cakap saja” - Menangis muka disamakan dengan jalan tar, gadis nekad ‘salin’ kulit... 6 bulan terus cun!

Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Azalea mengakui berhadapan tekanan berganda sewaktu masalah itu menjelma tahun lalu.

"Masa tu stres nak hadapi SPM, stres dengan kulit muka. Kulit saya mula break out teruk sekitar November.

"Saya nak buat research pasal kulit muka tapi sangat sibuk dengan pelajaran. Sampai tak boleh nak pandang diri kat cermin.

Wajah Azalea pulih secara berperingkat dalam tempoh enam bulan.

"Keyakinan diri pun berkurang. Bila jumpa orang, ramai yang tegur. Mereka tanya, kenapa tiba-tiba ada jerawat? Nak post gambar pun rasa ragu-ragu," ujarnya.

Selain teguran, Azalea juga tidak terlepas menerima usikan orang sekeliling mengenai masalah wajahnya.

Biarpun disampaikan dalam nada bergurau, jauh di sudut hati ia ternyata memberi kesan kepada dirinya.

"Terasa, ramai orang cakap muka nak kena guna kertas pasir, disamakan dengan jalan tar. Walaupun orang bergurau, memang saya sedih.

Jangan putus asa. Proses bukan sekejap. Boleh jadi berbulan, boleh jadi bertahun.

AZALEA QISTINA AZHAR

"Tapi saya gelak je masa tu, tak nak tunjuk saya terasa. Namun semuanya mula berubah lepas habis SPM. Saya jumpa saluran YouTube pasal penjagaan muka. Saya mula educate diri.

"Selain pemilihan produk yang tepat, pemakanan juga kena betul. Saya kurangkan makanan bergula, berminyak dan juga produk tenusu. Ambil, tapi dalam kuantiti sedikit.

"Sarung bantal dan cadar juga mesti kerap tukar dan saya ubah tabiat suka pegang muka. Alhamdulillah pada April lalu kulit makin baik. Sekarang keyakinan juga bertambah," ujarnya yang menetap di Shah Alam, Selangor.

Azalea kini semakin yakin dengan diri sendiri apabila memiliki kulit wajah yang sihat.

Bercerita mengenai perjalanan dirinya, stres yang dihadapi sewaktu SPM tahun lalu ternyata membuahkan hasil lumayan apabila Azalea bakal menyambung pelajaran dalam bidang Pengurusan Perniagaan Antarabangsa di United Kingdom (UK) tidak lama lagi.

Dalam temubual sama, Azalea sempat menitipkan pesan buat mereka yang berhadapan masalah kulit sepertinya agar terus bersabar dan tidak berputus asa.

"Jangan putus asa. Proses bukan sekejap. Boleh jadi berbulan, boleh jadi bertahun.

"Kena dedikasi, buat setiap hari. Jangan malas. Yang penting kena sabar," ujarnya mengakhiri bicara.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Klik

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Artikel Lain