Ditinggalkan suami terkontang kanting bersama 6 anak, wanita hamil 7 bulan gigih cari duit... pitam masa jual jagung - “Saya cuba terus kuat”

Hidayah berniaga nasi lemak, kuih muih dan jagung secara kecil-kecilan untuk menyara kehidupan mereka tujuh beranak.

DITINGGALKAN suami tanpa khabar berita sejak lima bulan lalu, wanita ini terpaksa jual nasi lemak dan kuih secara kecil-kecilan bagi memastikan dia bersama enam anak kecilnya tidak kelaparan.

Terbaharu, Nurul Shahzamul Hidayah Mohd Sham mencuba nasib berniaga jagung bagi mengumpul wang untuk menampung kos bersalin anak ketujuhnya dalam tempoh dua bulan lagi.

Namun disebabkan hasil jualan jagungnya yang tidak menentu membuatkan dia hampir berputus asa untuk meneruskan perniagaannya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Musim padi belum tiba, cuba jual labu tak laku pula... petani kudung luah perasaan - ‘Bukan nak untung sangat...’

ARTIKEL BERKAITAN: Dua bulan tak ada gaji, bisnes sewa dulang merosot dek tempias Covid-19... wanita berjinak jual nugget frozen tak sangka kuasa viral Twitter – “Penat, malas, tak pandai semua kena ketepikan”

"Saya berniaga start Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi. Masa bulan puasa saya jual kuih-muih untuk juadah berbuka. Alhamdulillah dapatlah saya kumpul duit untuk anak-anak beraya.

"Dengan anak seramai enam orang dan kandungan saya dah masuk tujuh bulan, saya cuba pula bisnes jagung yang lebih mudah. Cuma jual jagung ni ada pasang surutnya.



Hidayah mula berniaga kuih-muih pada Ramadan lalu.

"Untung taklah banyak... cukup makan. Saya kadang-kadang tanggung rugi juga sebab jagung tak habis. Kalau tak habis saya sedekah pada jiran-jiran sebab jagung ni fresh dua hari saja," katanya kepada mStar.

Bagaimanapun jelas wanita berusia 29 tahun itu, dia terpaksa menguatkan semangat demi anak-anaknya.

"Suami dari bulan Februari lagi tak balik. Saya pun tak tahu dia ke mana. Saya ada cuba hubungi tapi tak dapat. Cari pun dah tapi dia tak dapat dihubungi.

"Kadang tu memang nak give up tapi demi anak-anak saya cuba terus kuat. Anak-anak ramai. Siapa yang akan cari sumber rezeki kalau bukan saya.

"Banyak perbelanjaan saya kena tanggung seorang. Itu yang kadang cepat sedih ingatkan semua masalah ini. Kalau saya tak sihat tak dapat berniaga. Jadi hari tu tak adalah pendapatan saya," katanya.

Luahan hati ibu enam anak itu mengundang simpati adik iparnya, Nurul Munirah Maidin, 21, yang cuba membantu mempromosikan bisnes jagungnya menerusi Twitter.



Mun dan anak-anak Hidayah turut membantunya menjual jagung di tepi jalan raya dekat Rawang, Selangor.

Tweet Nurul Munirah atau lebih mesra disapa Mun menjadi tular dan rata-rata netizen simpati dengan nasib menimpa kakak iparnya itu.

Susulan itu, Mun berkata perniagaan jagung kakak iparnya itu mula mendapat perhatian pembeli terutamanya di sekitar Rawang.

"Sedih bila tengok jagung kakak tak habis dijual. Kadang tu memang tak dapat balik modal. Lagipun lagi dua bulan dia dah nak bersalin. Jadi saya tweet sebab nak bantu kurangkan beban dia.

Kadang tu memang nak give up tapi demi anak-anak saya cuba terus kuat. Anak-anak ramai. Siapa yang akan cari sumber rezeki kalau bukan saya.

NURUL SHAHZAMUL HIDAYAH MOHD SHAM

Peniaga

"Alhamdulillah lepas viral adalah orang datang beli. Memandangkan saya pun tengah bercuti, jadi saya bantu dia berniaga tepi jalan. Dia pun seronok sebab ramai dah tahu pasal bisnes jagung dia," katanya.

Dalam pada itu, Nurul Shahzamul Hidayah atau mesra disapa Hidayah turut berterima kasih kepada Mun kerana banyak membantunya sepanjang tempoh sukar itu.

"Setiap kali saya mengandung saya ada anemia. Jadi bulan puasa baru-baru ini saya hampir pitam masa tengah berniaga. Nasib baik ada adik ipar yang datang menolong saya.



Bisnes jagung Hidayah semakin dikenali selepas kisahnya dikongsi Mun di Twitter.

"Alhamdulillah adik ipar memang banyak membantu saya. Apa yang saya risaukan masa saya bersalin nanti. Saya kena siapkan duit tabungan sepanjang saya berpantang.

"Jadi saya kena kumpul duit untuk perbelanjaan semasa dalam pantang, duit untuk bersalin dan sambut baby baharu mulai sekarang," katanya.

Sementara itu, Nurul masih berharap agar suaminya kembali ke pangkuan keluarga.

"Saya harap suami pulang dan kami jadi keluarga macam dulu. Memang anak-anak rindukan abah mereka.

"Saya tak nak anak kami tak kenal abah dia. Saya nak anak-anak saya membesar dengan adanya abah dan mak di sisi mereka," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

berniaga, jagung, hamil, suami, Rawang, anemia, rezeki

Artikel Berkaitan

Klik

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Artikel Lain