suria

Wanita baru kematian suami buntu, minta tolong pekerja kedai buka password handphone - “Orang banyak berahsia ni biasanya sembunyikan sesuatu”

Paparan skrin perbualan seorang wanita di WhatsApp yang meminta bantuan pekerja kedai untuk membuka kata laluan telefon bimbit suaminya yang baharu meninggal dunia menjadi tular di media sosial.

KALAU dah namanya suami isteri pasti tiada rahsia dalam diri kerana ikatan yang dibina atas dasar cinta dan juga kepercayaan terhadap pasangan masing-masing.

Namun kisah seorang wanita yang meminta bantuan pekerja di sebuah kedai untuk membuka kata laluan telefon bimbit milik arwah suaminya menjadi tular di media sosial.

Menerusi paparan skrin perbualan di WhatsApp itu, si isteri tidak mengetahui kata laluan telefon bimbit suaminya yang baharu saja meninggal dunia.

ARTIKEL BERKAITAN: “Empat tahun menghabiskan duit suaminya, tapi tak pernah habis” - Lelaki ini kagum tak miskin tanggung keluarga selepas isteri resign

ARTIKEL BERKAITAN: “Nak beli jiwa tak perlu modal, ” Suami sebak bawa keluarga pusing mall, dalam poket ada RM20 sahaja

"Hi nak tanya kat kedai encik boleh tak buka password iPhone tak, suami saya baru meninggal dunia, saya tak tahu password handphone dia.

"Kalau nak suruh saya bawa document arwah suami untuk buktikan saya boleh tunjuk. Kalau boleh buat saya datang kedai. If not saya kena pi Machine," tulis si isteri.



Wanita tersebut terpaksa meminta bantuan pekerja kedai tetapi tidak berhasil. Sekadar gambar hiasan.

Namun pekerja tersebut meminta maaf kepada wanita berkenaan kerana tidak dapat membantunya.

"Takziah sis... semoga Allah SWT mencucuri rahmat kepada arwah. Maaf sis, tak dapat buka. Apple pun tak sure," katanya.

Menerusi perkongsian yang tular itu, seorang pemuda menasihatkan golongan suami untuk mengelakkan perkara seperti itu berlaku.

"Elakkan lah benda ini berlaku. Saya nak bantu pun tak dapat. Dokumen-dokumen penting semua dalam phone. Nak deactivate semua kat phone.

"Kejujuran dalam bekeluarga. Catatlah dalam buku masing-masing dan disimpan di tempat yang suami isteri boleh tahu. Sebab kita tak tahu siapa ‘pergi’ dulu," katanya.

Selain kata laluan telefon bimbit, perkara lain yang perlu dimaklumkan kepada pasangan masing-masing adalah nombor ejen insurans atau hibah, jumlah hutang dan siapa, nombor pin kad bank, online banking, senarai hutang bank dan kad kredit.

Suami isteri dinasihatkan untuk memaklumkan pasangan masing-masing mengenai setiap dokumen penting untuk mengelak berlaku perkara tidak diingini di kemudian hari. Sekadar gambar hiasan.

Selain itu senarai rakan perniagaan dan kata laluan peti besi jika ada juga antara yang perlu diberi perhatian oleh pasangan suami isteri.

"Untuk apa nak berahsia, kalau isteri nak check phone bagi je. Dari mula kita “Aku Terima Nikahnya” bermakna dia sebahagian dari hidup kita," katanya.

Bukan nak jadi queen control but if emergency??

WANI

Pelayar Facebook

Posting tersebut turut mendapat pelbagai reaksi di kalangan netizen.

"Orang banyak berahsia ni biasanya banyak menyembunyikan sesuatu. Untuk apa nak sorok-sorok. Jenis sorok ni tak jujur punya orang," kata Dayah.

"Betul semua kena beritahu siap-siap. Memang tak ada rahsia, benda-benda ni penting," kata Kila.



Selain kata laluan telefon bimbit, nombor pin kad bank juga perlu diberitahu kepada pasangan masing-masing. Sekadar gambar hiasan.

Malah ramai wanita mendedahkan tidak mengetahui kata laluan telefon bimbit mahupun nombor pin kad bank suami mereka menerusi ruangan komen pada posting tersebut.

"Muhammad ***** pin pass bank semua tak tahu. Tak pernah diberitahu pun," kata Iera.

"Dengar tu... kena bagi gak tengok handphone you in case emergency ke pape," kata Nani.

"Bukan nak jadi queen control but if emergency??," kata Wani.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain