Road trip 3 remaja rentas 4 negeri, tukang bawa kereta siap pesan jangan mulut cabul – “Cermin pandang belakang tak tengok langsung, seram!”

Reaksi Syura memandu semasa road trip bersama rakan-rakan dikongsi di laman Twitter.

APABILA memandu untuk perjalanan jauh (road trip) bersama rakan-rakan pastinya teruja sampai tak ingat dunia kan?

Tapi bagaimana kalau yang perginya beramai-ramai, cuma seorang yang memandu sepanjang perjalanan?

"Saya yang drive dari Shah Alam ke Genting (Highlands) ke Ipoh ke Pulau Pinang, tapi mereka yang keletihan," luah seorang pengguna Twitter @syuraibrhm sehingga perkongsiannya diulang kicau lebih 12,000 kali dan meraih pelbagai reaksi netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: "Saya tak suka rakan-rakan buat macam ni" - Ramai harapkan bayaran, tapi Aiman tak kisah kawan tumpang keretanya tak hulur duit minyak

ARTIKEL BERKAITAN: Buat video show off selepas rakan ikut bercuti, tapi tak ada 'common sense' hulur duit minyak - "10 jam perjalanan, siap hantar seorang demi seorang balik rumah"

Pengguna Twitter berkenaan, Ainnur Ashyura Ibrahim berkata, dia dan dua rakannya membuat perjalanan merentas empat negeri iaitu Selangor, Pahang, Perak dan Pulau Pinang bermula awal pagi Sabtu lalu.



Syura (kanan) bersama dua rakannya menghabiskan masa bersama di Genting Highlands, Ipoh dan Pulau Pinang.

Remaja berusia 18 tahun itu memberitahu, segala perancang dilakukan secara spontan membabitkan rakan-rakannya yang dikenali menerusi laman Twitter.

"Kami gerak dari Shah Alam kira-kira puku 1 pagi dan sampai sekitar 2 pagi di Genting Highlands. Saja menghirup udara segar dan merasai kesejukan di tanah tinggi.

"Hanya tidur beberapa jam di dalam kereta, kami menyambung perjalanan ke Ipoh seawal pukul 5 pagi untuk menikmati nasi ganja yang popular," katanya kepada mStar.



Syura (kanan) bersama salah seorang rakannya di Genting Highlands.

Lebih mesra dengan panggilan Syura, katanya, hanya dia dan seorang rakan yang memiliki lesen memandu, tetapi dia mengambil keputusan untuk memandu kereta yang disewa mereka.

"Walaupun seorang rakan tu yang ada lesen, tapi saya lebih yakin untuk memandu sepanjang perjalanan. Ini pemanduan paling jauh saya pernah buat.

"Mula-mula mereka riuh dalam kereta, lepas tu senyap sebab tidur keletihan. Saya masih okay lagi, cuma bagi saya paling mencabar semasa memandu dari Ipoh hingga ke Pulau Pinang.

"Bila dah senyap dalam kereta, jalan ke Pulau Pinang pula lurus memang cepat rasa bosan. Jadi pasang lagu sepanjang jalan. Nak dekat sampai Pulau Pinang barulah mereka terjaga," katanya sambil menambah ketiga-tiga mereka bermalam di Pulau Mutiara itu.



Aktiviti berbasikal di Pulau Pinang.

Walaupun memandu jauh, kata Syura, dia masih mempunyai tenaga untuk bersiar-siar di Pulau Pinang bersama rakan-rakannya dan hanya bertolak pulang ke Shah Alam pada pukul 8 malam Ahad.

"Bayangkanlah, saya yang memandu, saya juga yang bangun awal sebab nak jalan-jalan. Tapi penat mulai terasa semasa alam perjalanan pulang melalui lebuh raya di Perak.

Walaupun seorang rakan tu ada lesen, tapi saya lebih yakin untuk memandu sepanjang perjalanan. Ini pemanduan paling jauh saya pernah buat

AINNUR ASHYURA IBRAHIM

"Saya minta rakan untuk ganti memandu. Tapi saya tak berani tidur, memandangkan perjalanan malam agak gelap dan masing-masing dah penat, saya perlu jadi co-pilot sehingga selamat sampai pada kira-kira pukul 3 pagi," katanya.

Walaupun road trip agak singkat, namun bagi anak kedua daripada tiga beradik itu, masa yang diluangkan bersama rakan-rakannya cukup bermakna.



Syura (tengah) seronok melakukan road trip bersama rakan-rakannya.

Syura bagaimanapun mendedahkan satu insiden yang tidak dapat dilupakan, yang mana dia telah berpesan kepada rakan-rakannya supaya menjaga tutur kata sepanjang perjalanan.

"Masa tu saya pandu perlahan naik ke Genting Highlands sebab berbukit, tapi saja cakap sebab mereka berat. Lepas tu kawan kata berat tu sebab ada 'sesuatu' yang tumpang sama di belakang.

"Tiba-tiba semua terus senyap, tapi saya pula fikir yang bukan-bukan. Kejap-kejap saya tengok kiri kanan, dahlah masa tu jalan sunyi saja.

"Cermin pandang belakang memang tak tengok langsung. Seram! Tapi syukur kami selamat naik ke Genting Highlands," katanya.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Klik

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Artikel Lain