suria

Wow gigih! 11 gadis piknik tepi sungai, selamba ‘angkut’ cermin tandas – “Kalau selfie memang tak muat”

Sekumpulan remaja berpiknik sambil dihiasi denhan sebuah cermin. Foto Wan Nor Ridayu Wan Mohd Sukri

MEMANG meriah kalau dapat berkumpul bersama rakan-rakan, seperti sekumpulan gadis ini yang berpiknik di tepi sungai.

Keakraban mereka dipuji netizen menerusi foto piknik yang dikongsikan di laman Twitter, malah sebuah cermin yang turut kelihatan selain makanan menjadi perhatian.

"Bawa cermin sekali ke? Atau cermin tu memang ada kat situ?" tanya seorang netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Piknik pun bawa cermin! Di sebalik foto romantis tepi pantai sambil menikmati waffle, croissant... terselit kisah roti canai, lalat

ARTIKEL BERKAITAN: Padah nak gambar meletop punya pasal... baju pengantin lencun, duit melayang,"Habis banjir laluan ke bilik hotel, sampai bomba datang"

"Aku nak tahu siapa yang bagus ni rajin bawa cermin," ujar seorang lagi.



Aktiviti piknik oleh 11 remaja dirancang pada saat akhir.

Gadis yang berkongsi foto berkenaan, Wan Nor Ridayu Wan Mohd Sukri berkata, aktiviti piknik tersebut diadakan bersama 10 lagi rakannya di tepi sungai di Kuala Ibai, Kuala Terengganu, petang Rabu lalu.

Remaja berusia 16 tahun itu memberitahu, kesemua mereka mula mengenali semasa belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Sulaiman 1 di Kuala Terengganu, dan kali terakhir mereka berpiknik bersama adalah kira-kira dua tahun lalu.

"Kami jarang berjumpa sebab antara kami belajar di sekolah menengah yang berbeza, tambahan pula sebelum ini tidak boleh melakukan aktiviti beramai-ramai terutama ketika PKP (Perintah Kawalan Pergerakan).

"Tak lama lagi sekolah akan dibuka semula. Jadi, inilah masa terbaik kami untuk berjumpa sebelum masing-masing kembali sibuk," katanya kepada mStar sambil merujuk sesi persekolahan bagi pelajar tingkatan 1 hingga 4 dan peralihan bermula 15 Julai ini.



Penggunaan cermin memudahkan kesemua mereka untuk bergambar bersama.

Lebih mesra dengan panggilan Yuyu menjelaskan bahawa cermin tersebut dibawa oleh salah seorang rakannya dari rumah, dan ia dirancang pada saat akhir.

"Plan untuk piknik ni pun dibuat last minute kurang dari tiga hari. Masa bincang dalam WhatsApp tu, masing-masing ada peranan... bawa makanan, kelengkapan termasuk cermin.

Cermin tu juga membolehkan kami untuk touch up mekap, betulkan tudung. Bab bergambar ni masing-masing memang cerewet, semua mesti nak nampak cantik kan

WAN NOR RIDAYU WAN MOHD SUKRI

"Cermin tu kawan saya yang bawa dari rumah, dari tandas katanya. Kami tanya mak tak bising ke. Dia kata kalau kena marah pun tak apa, tapi nasib baik mak dia tak marah dan paling penting ringan, dia seorang je pun dah boleh bawa," ujarnya secara berseloroh.

Anak kelahiran Kuala Terengganu itu bagaimanapun menjelaskan bahawa mereka mempunyai alasan tersendiri membawa cermin itu bersama semasa berpiknik.



Antara kejutan dan makanan yang dibawa semasa piknik.

"Kami 11 orang, kalau nak ambil gambar selfie memang tak muat semua. Mesti ada yang cuma nampak matalah, mulut je lah atau silap-silap ada yang tak masuk gambar langsung.

"Bila ada cermin ni, mudah untuk kami aturkan kesemuanya tanpa perlu bantuan orang luar, boleh standby dengan gaya masing-masing sebab gambar diambil menerusi refleksi pada cermin," katanya.



Cermin yang dibawa turut memudahkan rakan-rakan untuk bersolek.

Selain cermin, Yuyu yang merupakan anak kelima daripada tujuh beradik itu memberitahu, pasu bunga juga dibawa untuk menghiasi sesi piknik mereka untuk kelihatan lebih estetik.

"Cermin tu juga membolehkan kami touch up mekap, betulkan tudung. Bab bergambar ni masing-masing memang cerewet, semua mesti nak nampak cantik kan.

"Bila semua elok, gambar yang diambil pun cantik sudah tentulah semua happy," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain