Padah nak gambar meletop punya pasal... baju pengantin lencun, duit melayang, “Habis banjir laluan ke bilik hotel, sampai bomba datang” - Viral | mStar

Padah nak gambar meletop punya pasal... baju pengantin lencun, duit melayang, “Habis banjir laluan ke bilik hotel, sampai bomba datang”

Gara-gara baju pengantin digantung pada sistem pemercik air pada siling sehingga mengakibatkan semburan air automatik dan kehadiran pasukan bomba ke lokasi kejadian. Gambar sekadar hiasan (kiri) Foto Azreen Omar (kanan) Foto Shell

PERSIAPAN rapi dilakukan dari sekecil-kecil hal dalam memastikan majlis perkahwinan berjalan lancar bagi meraikan cinta raja sehari. 

Tapi malang tidak diduga sekiranya perancangan majlis umpama kisah dongeng boleh bertukar tragedi, hanya disebabkan perkara remeh-temeh.

Gara-gara mahu mengabadikan foto baju pengantin dengan cara yang kononnya paling kreatif, sudahnya habis basah busana itu kerana ia digantung pada sistem pemercik air atau fire sprinkler system di siling bagi memadamkan kebakaran.

ARTIKEL BERKAITAN: “Nak melaram acah diva, bajet ciput” - Che Tam mengamuk, bakal pengantin mahu baju kahwin Fasha Sandha harga RM350

ARTIKEL BERKAITAN: Dua kali 'tragedi'! Selepas 5 bulan nikah, pengantin terkejut 'ditenggelamkan' pelamin, bridesmaid... Seminggu sebelum kahwin pun ada kisah tragis

ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin ‘tenggelam’ dek gelagat bridesmaid, konon nak pegang, cakar suami... “Kami acah-acah je, bukan nak mengurat pun”

Jurugambar profesional, Nor Azreen Omar berkongsi kisah yang dialami dua rakan setugasnya, tambah tragis bukan sekali malah ia berlaku dua kali, masing-masing pada 2013 di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur dan terkini juga di sebuah hotel tetapi di Putrajaya, minggu lalu.

Sistem pemercik air.

Jurugambar berusia 34 tahun itu memberitahu, menggantung baju pengantin pada sistem pemercik air bukan sesuatu yang baharu kerana idea kreatif tersebut sering digunapakai oleh segelintir jurugambar untuk pelanggan mereka.

“Tujuan jurugambar menggantung baju pengantin pada sistem pemercik air itu untuk menghasilkan art of seeing atau seni menimbulkan baju pengantin sebagai objek tumpuan bagi menampakkan butiran dan perinciannya.

“Gantung baju pada siling di tengah-tengah laluan untuk ke bilik penginapan di hotel akan memberi kesan yang lebih fokus, tapi sebenarnya ia amat berisiko,” katanya kepada mStar.

Segelintir jurugambar sering menggantung baju pengantin pada sistem pemercik air bagi menghasilkan kesan yang lebih fokus. Foto Azreen Omar

Nor Azreen yang berpengalaman sebagai jurugambar sejak 10 tahun lalu berkata, sekiranya merkuri atau bahagian berwarna merah pada sistem pemercik air itu pecah akibat gantungan baju pengantin, ia secara automatik akan berfungsi dan semburan air berlaku serta-merta.

“Bila gantung baju, guna hanger (penyangkut baju), mungkin nasib kita tak baik. Benda tu (merah) ada bahagian yang sensitif dan bila pecah, air terus keluar.

“Baju pengantin bukan sahaja basah tetapi habis banjir selepas itu. Karpet pada laluan tu boleh rosak. Siling bilik pun kemungkinan juga akan rosak,” ujarnya.

“Lepas budi bicara, jurugambar terpaksa bayar RM3,000 disebabkan kerugian yang perlu ditanggung pihak hotel. Laluan ke bilik-bilik tu bukan sahaja banjir, tapi tetamu terpaksa berpindah ke bilik lain

NOR AZREEN

Mengulas lanjut mengenai dua kejadian yang berlaku, Nor Azreen berkata,  laluan ke bilik-bilik tetamu di hotel dibanjiri air semburan sistem itu. 

“Dalam kejadian minggu lepas, pihak pengantin sempat mengeringkan baju menggunakan seterika, dan pengantin dapat memakainya semasa bersanding.

“Malangnya, baju tak sempat kering dalan insiden pada 2013, hanya separa kering. Tapi sebab baju tu diperbuat daripada kain songket, jadi tak nampaklah basah,” tambahnya.

Tanpa berisiko, baju pengantin boleh dirakamkan tergantung di bilik atau dipegang dengan oleh orang lain. Foto Azreen Omar

Walaupun pengantin bertolak ansur pada 2013, tetapi tindakan jurugambar menggantung baju pada sistem pemercik air itu bukan sahaja menyebabkan banjir di laluan bilik-bilik tetamu, bahkan pasukan bomba turut bergegas ke lokasi kejadian.

“Bayangkanlah bomba datang dengan jentera. Tapi hanya kerana sistem pemercik air bertindak balas. Bukan setakat jurugambar, semua orang jadi panik macam kebakaran berlaku, tapi tak ada yang terbakar pun.

“Dalam kejadian minggu lepas, pihak pengurusan hotel pantas buat pemeriksaan pada CCTV (kamera litar tertutup), jadi jurugambar tak dapat nak kata apa dah.

“Lepas budi bicara, jurugambar terpaksa bayar RM3,000 disebabkan kerugian yang perlu ditanggung pihak hotel. Laluan ke bilik-bilik tu bukan sahaja banjir, tapi tetamu terpaksa berpindah ke bilik lain,” ujar anak kelahiran Muar, Johor itu.

Meletakkan baju pengantin bersama aksesori dalam keadaan berbaring juga dapat menunjukkan perincian busana itu. Foto Azreen Omar

Sehubungan itu, Nor Azreen menasihatkan kepada jurugambar terutama untuk foto-foto perkahwinan supaya mengambil langkah berhati-hati meskipun masing-masing mahu menghasilkan gambar kreatif untuk dijadikan kenangan buat pengantin.

“Carilah tempat lebih selamat, suruh orang pegang ke, gantung kat tingkap atau cermin. Atau baringkan saja baju tu bersama aksesori lain di atas katil.

“Jadi, berhati-hatilah ya. Kita ni jurugambar nak pergi cari rezeki, jangan bertindak tanpa berfikir sampai jadi kecoh. Jangan sebab nak gambar meletop punya pasal, nanti keluar duit pula bayar ganti rugi,” katanya.

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain