suria

Janda jadi orang ke-3, wanita ini makin keliru antara berpisah atau tidak... suami try hard pikat semula hati isteri - “Benci, geli dengan sentuhan perempuan itu dalam rumah”

Kata wanita itu, dia masih ragu-ragu untuk menerima suaminya biarpun sudah banyak perubahan yang ditunjukkan. (Gambar Hiasan).

DAKWAAN wanita ini bahawa suaminya berzina dengan seorang janda di kediaman mereka ternyata mengejutkan pelayar media sosial.

Menerusi perkongsian luahan di Facebook Kisah Rumah Tangga, wanita yang tidak mendedahkan identitinya itu bagaimanapun mengakui suaminya kini sudah berubah.

Namun katanya, dia masih ragu-ragu dan tidak dapat melupakan apa yang berlaku, sekaligus menyukarkan proses untuk berbaik semula.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya berpantang sendiri, badan sakit, hati sakit...” - Sara perempuan lain ketika bisnes sedang maju, isteri dah tak sanggup tengok muka suami

ARTIKEL BERKAITAN: Suami nak ‘outstation’ naik pangkat, isteri dalam pantang sanggup packing barang - “Selepas balik tiba-tiba dia baik lain macam...”

"Niat hati memang melonjak-lonjak nak tuntut fasakh. Suami berzina dengan janda dalam rumah masa saya tiada dan ketika saya mengandung.

"Sekarang suami ajak saya usaha mulakan hidup baharu dan dia tak mahu berpisah. Saya pun cuba terima dia kerana simpati dan disebabkan anak.

"Dia (suami) hari-hari menangis minta ampun pada saya. Sudah tentu rasa cinta itu dah pudar bagi saya, dan saya pun banyak berubah kerana tiada cinta lagi," kata wanita itu.

Wanita itu mendakwa suaminya bersekedudukan dengan seorang janda di dalam kediaman mereka. (Gambar Hiasan).

Ujar wanita itu lagi, dia yang sebelum ini periang turut berubah menjadi pendiam kerana terluka dengan perbuatan suaminya.

Tambahnya, dia bukanlah jenis wanita yang suka menyiasat tingkah laku suaminya namun bersyukur apabila semuanya terbongkar dengan sendiri.

"Saya jenis tak cari, saya yakin dengan kuasa Allah. Dengan izin-Nya saya dapat tahu satu persatu perbuatan dua manusia. Dia dan janda tu saya ajar cukup-cukup.

Patut ke kita usaha terima semula. Beri peluang kedua? Hari-hari saya menangis dan saya keliru.

ISTERI BUNTU

"Janda tu tak mengaku, kononnya dia ada maruah yang tinggi. Tapi effort dia (suami) nak berubah memang saya nampak dan 10 tahun saya kenal dia, kali ini betul-betul lain," ujarnya.

kata wanita itu, suaminya turut membeli banyak kelengkapan baharu untuk rumah mereka.

Malah, sikap termasuk pertuturannya juga banyak berubah demi memikat semula hati si isteri.

"Barang-barang rumah semua baharu dek kerana saya benci dan geli dengan setiap sentuhan perempuan tu dalam rumah saya.

Wanita itu berkongsi kisah kehidupannya menerusi Facebook kerana buntu mahu membuat keputusan. (Gambar Hiasan).

"Cara percakapan pun dah lain, lembut dan teratur. Tapi hati saya masih berniat nak berpisah walaupun dah cuba terima. Berbulan saya cuba.

"Seandainya suami kita betul-betul berubah, sanggup buat apa sahaja, turut kata kita, turut kehendak kita, sabar dengan kita, berkorban demi kita selepas kesalahan berat yang dia lakukan seperti perbuatan suami saya.

"Patut ke kita usaha terima semula. Beri peluang kedua? Hari-hari saya menangis dan saya keliru," luah wanita itu lagi.

Malah katanya, dia bagaikan hampir gila kerana berfikir akan hal itu setiap hari.

Sehingga kini, posting luahan wanita itu menerima lebih 1,000 tanda suka dan turut dihujani hampir 400 komen netizen

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
kisah rumah tangga, suami, janda, curang

Artikel Lain