suria

Isteri nak luruh jantung tengok suaminya undang tragedi... ‘buat hal’ lagi atas jalan - “Kalaulah lambat beberapa saat”

Tangkap skrin video suami Mira bergegas ke bahagian tengah lebuh raya untuk mengalihkan serpihan tayar.

"NIAT memang baik tapi sangat bahaya."

Demikian rata-rata komen netizen terhadap sebuah video tular menunjukkan seorang lelaki bergegas ke bahagian tengah sebuah lebuh raya bagi mengalihkan serpihan tayar.

"Ya Allah, suami I ni. Berhenti kereta sebab nak alihkan tayar. I punyalah berdebar. Dah la kereta laju-laju. Allahu," tulis seorang wanita di laman Twitter.

ARTIKEL BERKAITAN: "Saya tak mau ada yang mati" - Uncle Cina gigih angkut tar, disangka buang tabiat cangkung tengah jalan

ARTIKEL BERKAITAN: Suami isteri sanggup gadai nyawa bantu sahabat parah kemalangan disangka pencuri - "Cepat nanti tak pasal-pasal kena langgar lori laju"

Wanita berkenaan, Nur Amirah Zainuddin berkata, insiden berlaku di sebuah lebuh raya dekat Gombak, Selangor pada Sabtu malam, ketika dalam perjalanan untuk makan malam.



Perkongsian Mira menjadi perhatian netizen.

Berusia 27 tahun, dia memberitahu bahawa suaminya yang ketika itu sedang memandu kereta secara tiba-tiba memberhentikan kenderaan di tepi lebuh raya.

"Dari jauh kami nampak sebuah bas dan sebuah kereta Myvi melanggar serpihan tayar yang tidak dipastikan dari kenderaan mana. Beberapa kenderaan lain memperlahankan pemanduan bagi mengelakkan serpihan tayar di tengah jalan.

"Pada mulanya saya ingat suami memberhentikan kereta di tepi jalan sebab nak elakkan serpihan tayar tu, tapi tak sangka nak pergi kutip dan alihkan," katanya kepada mStar.



Mira (kiri) tidak menyangka suaminya sanggup berdepan bahaya demi keselamatan orang lain.

Menyaksikan kejadian itu, Nur Amirah yang lebih dikenali sebagai Mira berkata, dia amat terkejut dengan tindakan suaminya yang membahayakan nyawa tetapi segalanya berlaku begitu pantas.

"Rasa nak jatuh jantung saya. Apa yang saya sempat terfikir adalah rakam apa yang suami buat sebab kalau sesuatu terjadi, saya ada bukti seperti suami bukan nak bunuh diri.

"Saya memang risau sebab ini bukan kali pertama suami kutip sesuatu di tengah jalan. Sebelum ni suami pernah berhenti untuk kutip kucing di tengah jalan," katanya.



Menurut Mira, suaminya merupakan pencinta haiwan.

Mira yang merupakan guru swasta turut memberitahu bahawa suaminya juga sanggup berhentikan kenderaan untuk mengalihkan bangkai kucing atau anjing di jalan.

"Suami saya ni memang pencinta haiwan. Pernah satu masa tu dia naik motor nak pergi beli bahan untuk memasak. Lepas tu nampak ada anjing sakit tepi jalan.

Rasa nak jatuh jantung saya. Apa yang saya sempat terfikir adalah rakam apa yang suami buat sebab kalau sesuatu terjadi, saya ada bukti seperti suami bukan nak bunuh diri

NUR AMIRAH ZAINUDDIN

"Saya masih ingat duit dalam dompet dia masa tu tak banyak, cuma ada RM20 sebab duit masa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) cukup-cukup je sebab tak ada job.

"Tapi sifat kasihan tu dia gigih pergi beli makanan untuk anjing yang berharga kira-kira RM10. Disebabkan ada baki cuma RM10, suami beli apa yang ada dengan duit untuk barang dapur," katanya mengenai suaminya, Mohd Fareez Gozaimee Chan, 30, yang bekerja sendiri.



Mira menasihati suaminya supaya menjaga keselamatan diri dalam membantu orang lain.

Menurut Mira, dia bagaimanapun mengakui suaminya begitu prihatin terhadap keselamatan orang lain termasuk haiwan, sehingga memberi risiko kepada diri sendiri.

"Sampai ada kesan calar pada tangan kanan dia sebab tergores dengan serpihan tayar tu. Hanya beberapa saat lepas suami alihkan serpihan ke tepi jalan, tiba-tiba sebuah kereta pecut laju dan bunyikan hon.

"Tak dapat bayangkan kalau suami terlambat beberapa saat. Tapi saya tahu juga sebelum ni suami pernah tunggang motosikal dan nyaris terlanggar objek di tengah jalan pada waktu malam, dan dia fikir tentang keselamatan pengguna jalan raya lain.

"Selepas kejadian minggu lalu, saya pesan kat suami lepas ni jangan buat macam tu sebab bahaya. Kalau betul-betul nak bantu orang pun, pastikan keselamatan diri sendiri," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
serpihan tayar, lebuh raya, kucing, anjing, Myvi,

Artikel Lain