suria

Bekas penagih kongsi ilmu jalanan, berguna untuk wanita tundukkan penyerang - “Confirm, situ juga dia terkencing”

Rudy tampil berkongsi asas mempertahankan dir khususnya untuk kaum Hawa dalam berdepan serangan pemangsa seksual.

SEHARI dua ini, isu rogol dan gangguan seksual kembali hangat diperkatakan di media sosial.

Malah, timbul juga ketegangan akibat tindakan segelintir individu yang menyalahkan golongan wanita atas kejadian itu kerana tidak menutup aurat dengan sempurna.

Enggan mengambil pusing akan perdebatan yang berlaku, seorang runner berkongsi sedikit ilmu mempertahankan diri menerusi Twitter sehingga ia menjadi tular.

ARTIKEL BERKAITAN: “Zaman sekolah selalu keluar masuk balai” - Anak Melayu kacukan Afrika anggap masih ramai yang rasis walau negara nampak harmoni

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis kacukan ‘ajar’ lelaki biadab... terhina kulit gelap dibuat gurauan - "Media sosial paparkan cantik tu kena putih, kurus”

Kata Rudy Akhbar, 28, dia terpanggil untuk berkongsi perkara itu kerana peka dengan isu gangguan melibatkan wanita yang banyak berlaku pada masa ini.

"Bagi perempuan yang tak ada langsung asas seni mempertahankan diri, mereka boleh guna cara yang saya bagi ni.

"Cuma kena ada daya ketahanan badan yang tinggi dengan daya hentaman yang kuat. Saya ni tak adalah kaki fighter pun.

Rudy mahu ilmu yang dikongsi memberi manfaat buat kaum Hawa di luar sana.

"Cuma pernah belajar silat selama dua tahun masa sekolah rendah. Tapi masih diguna pakai walaupun dah lama. Dah berbelas tahun dah," ujarnya kepada mStar.

Kata Rudy, hentakan pada bahagian seperti tulang hidung antara mata, belakang telinga dan kepala, halkum, ulu hati, rusuk dan buah zakar mampu memberi impak kepada pelaku gangguan seksual.

Namun dakwa Rudy, hentakan terlalu kuat pada bahagian halkum dengan ulu hati boleh membawa risiko kematian.

Saya bukan sesiapa. Bukan pesilat negara, bukan fighter MMA. Saya cuma orang biasa, bekas penagih, bekas pelaku jenayah, bekas mat rempit yang cuma nak kongsi ilmu dari ijazah jalanan yang saya ada.

RUDY AKHBAR

RUNNER

"Kalau nak pukulan tu jadi hentaman yang lagi 'lemak berkrim' adalah lebih baik menggunakan siku, bantai sehabis daya. Confirm, situ juga dia terkencing.

"Lighter dan anak mangga juga benda kecil yang korang boleh jadikan senjata ya. Last part, bila orang tu dah jatuh, nak lagi sedap rasa, tunjal guna kaki," jelasnya.

Bercerita mengenai pengalamannya, Rudy berkata dia juga banyak belajar dengan arwah datuknya yang juga seorang askar.

Tunjal penyerang dengan kaki, itu antara petua yang dikongsi Rudy untuk wanita yang menjadi mangsa gangguan.

"Selain belajar silat, saya belajar dengan arwah atuk sebab dia askar. Belajar juga dengan abah sebab dulu muda dia kaki bergaduh.

"Biasalah, masa muda dulu siapa tak jahil? So saya belajar dari abah, macam mana nak pertahankan diri.

"Cerita dulu sahaja, sekarang dah tak ada keinginan, sebab umur dah meningkat. Kepala dan dahi pernah koyak, buku lima tangan pun pernah koyak," ujarnya lagi.

Dedah Rudy, dia bukanlah sesiapa dan sekadar mahu berkongsi ilmu sahaja khususnya buat kaum Hawa yang sering menjadi mangsa gangguan.

Kata Rudy, dia sekadar berkongsi ilmu berdasarkan pengalaman hidupnya sahaja.

"Saya bukan sesiapa. Bukan pesilat negara, bukan fighter MMA. Saya cuma orang biasa, bekas penagih, bekas pelaku jenayah, bekas mat rempit yangg cuma nak kongsi ilmu dari ijazah jalanan yang saya ada," katanya.

Malah, Rudy juga sempat berpesan di Twitter agar orang luar di sana tidak menyalahgunakan ilmu yang dikongsi.

Sebaliknya, ia perlu digunakan dalam keadaan terdesak sewaktu seseorang itu menjadi mangsa serangan seksual dan situasi-situasi berkaitan.

Sehingga kini, perkongsian Rudy menerima lebih 18,800 ulang kicau (Retweet) di Twitter.

Bercerita mengenai dirinya sekarang, Rudy berkata sudah dua tahun dia bekerja sebagai runner.

Malah, dia mengalu-alukan sekiranya ada mana-mana individu khususnya di kawasan Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya yang mahu menggunakan khidmatnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain