suria

Remaja terkejut lihat baju raya impiannya selepas terima bungkusan jam 10 malam – “Saya rasa macam pontianak”

(kiri) Baju yang diimpikan oleh seorang remaja. (kanan) Baju yang diterimanya selepas membuat pembelian secara dalam talian.

NIAT di hati mahu berbaju baharu sempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang bakal tiba, tapi nasib malang menimpa seorang remaja.

Manakan tidak, baju yang dipesan menerusi pembelian secara dalam talian tidak kelihatan seperti yang diimpikan.

"Tak tahulah, dah macam pontianak ada, macam kelawar ada, macam hantu bungkus pun ada. Elok aku jadi burung jelah. Senang orang lain balik kampung naik kereta aku balik terbang sendiri je," tulisnya sehingga luahan tersebut menjadi tular di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: "OK lah ni, awak pun gemuk sangat" - Jawapan riang tukang jahit selepas baju pelanggan dijahit bersayap, rosak kain pemberian ibu

ARTIKEL BERKAITAN: "Kami memang nak tunjuk bahagian dalam" - Kecoh baju Melayu Hari Raya 'transparent' nampak puting, samping atas lutut

Remaja berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Lela berkata, dia sebenarnya berkongsi luahan itu menerusi status story di aplikasi WhatsApp untuk dilihat dalam kalangan teman rapat.

Namun dia tidak menyangka kisahnya menjadi tular apabila ia dikongsi oleh seorang rakannya di laman Twitter. Dia dalam masa sama, mengakui terkejut sebaik saja melihat baju tersebut.

"Saya terima bungkusan yang mengandungi baju pada pukul 10 malam 26 Jun lalu. Saya beli baju tu secara online daripada seorang ejen kepada sebuah instagram butik (IG shop).

"Tema keluarga saya tahun ni warna baby blue. Memandangkan masa Hari Raya Aidilfitri sebelum ini tak dapat beli, maka saya rancang untuk pakai pada raya haji nanti," ujar remaja berusia 18 tahun itu kepada mStar.



Luahan seorang remaja menerusi status di WhatsApp.

Lela yang berasal dari Cheras, Selangor mengakui amat teruja sebaik menerima bungkusan tersebut kerana dia perlu membuat pra-pesanan terlebih dahulu sebelum ini.

"Bila pegang kain baju tu rasa best je sebab lembut dan licin, warna pun cantik. Tapi bila nak sarung terus rasa kelakar dan pelik sebab baju tu kena ikat dari dalam.

"Masa beli saya tak rujuk butik sebenar baju tu, jadi saya memang tak tahu tutorial macam mana nak pakai baju tu. Saya fikirkan baju tu dah siap jahit semua tinggal sarung dekat badan je.

"Mak dan kawan tak berhenti gelakkan saya. Mak tanya baju apa yang kau pakai ni? Mak cakap macam hantu penanggal sebab kain pada bahagian lengan memanjang sampai ke bawah. Saya pula rasa macam pontianak," ujarnya secara berseloroh.

Anak bongsu daripada lima beradik itu juga mengakui badannya agak berisi dan kebiasaannya memakai baju bersaiz L atau XL.



Antara contoh pelanggan yang memakai baju rekaan yang sama.

Memandangkan ia adalah pembelian dalam talian yang pertama, maka dia disarankan untuk memilih saiz yang lebih besar kerana pengubahsuaian boleh dibuat sekiranya baju tersebut longgar.

"Memang saya pakai nampak tak kemas, antara sebabnya salah saiz terlebih besar. Tapi kalau nak alter, nanti jadi lagi tak kemas pula baju tu.

"Jadi, saya buat keputusan untuk jual baju tu kepada orang lain yang berminat. Niat saya hanya bergurau, bukan marahkan IG shop atau complain sebab salah saya juga tak tanya lebih terperinci dekat penjual tentang baju tu," ujarnya yang kini bekerja secara sambilan.

Pengajaran untuk semua kalau nak beli baju online sila rujuk dengan penjual tu lebih detail tentang cara pakai baju tu atau saiz.

LELA

Lela berkata, dia bagaimanapun tidak serik untuk membeli baju secara dalam talian pada masa akan datang tetapi menjadikan pengalamannya itu sebagai pengajaran.

"Saya nak minta maaf kepada butik tu andai kata mereka rasa saya mengutuk baju mereka. Saya tengok baju-baju yang mereka jual semua cantik-cantik.

"Pengajaran untuk semua kalau nak beli baju online sila rujuk dengan penjual tu lebih detail tentang cara pakai baju tu atau saiz," katanya.



Penjelasan daripada IG shop berhubung posting yang tular.

Sementara itu, IG shop tersebut tampil memberi penjelasan dengan memuatnaik foto beberapa pelanggan yang memakai baju camela yang sama dengan pelbagai saiz.

"Kami dah jual camela ni lama tau, dah banyak terjual lebih 50,000 pasang. Jadi kalau sebab gambar viral tu nak claim baju ni teruk, kenapa yang pakai ni cantik?

"Sebab awak salah pilih saiz. Baju ni kena pakai ngam-ngam. Potongannya longgar jadi jangan ambil saiz besar. Kami tengok pelanggan tu saiz kecil je, yang ambil saiz besar sangat kenapa?" menurut IG Shop itu yang berpangkalan di Pahang.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain