“OK lah ni, awak pun gemuk sangat” - Jawapan riang tukang jahit selepas baju pelanggan dijahit bersayap, rosak kain pemberian ibu - Viral | mStar

“OK lah ni, awak pun gemuk sangat” - Jawapan riang tukang jahit selepas baju pelanggan dijahit bersayap, rosak kain pemberian ibu

Diana berkongsi luahan rasa tidak puasa hati dengan baju raya yang ditempah di sebuah kedai jahit. Foto Diana Mahadir

KETIBAAN 1 Syawal semakin hampir dan pastinya ramai yang sudah mula membuat persiapan termasuk membeli baju baharu yang akan digayakan pada hari lebaran.

Namun, seorang pelanggan tidak bernasib baik apabila baju kurung yang ditempahnya dijahit lebih besar daripada ukuran badannya.

Akibatnya, kain untuk membuat bahagian utama baju tidak mencukupi sehingga tukang jahit terpaksa ‘menampal’ kain lain di bahagian lengan bajunya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Baju Melayu tak ketat, model tu sado sangat!”

ARTIKEL BERKAITAN: “Nak melaram acah diva, bajet ciput” - Che Tam mengamuk, bakal pengantin mahu baju kahwin Fasha Sandha harga RM350

ARTIKERL BERKAITAN: Punah! Lubang sempit, kain sendat... 7 sekeluarga 'menangis' tengok baju raya dikerjakan tukang jahit, “Patutlah ketuk pintu tak mau buka”

“Wehhhh baju raya aku. Dari tadi aku gelak, lepas tu aku nangis. Dah tunjuk kat si tukang jahit tu, dia kata cantik. Sebab aku gemuk so okaylah ni dia kata,” katanya menerusi perkongsian di laman sosial Twitter sehingga menjadi tular.

Perkongsian Diana mengenai baju yang ditempah tidak seperti yang diharapkan.

Pelanggan malang itu, Diana Mahadir, 19, berkata, dia menghantar kain untuk dibuat baju kurung di sebuah kedai jahit di Temerloh, Pahang pada hari pertama Ramadan.

“Saya ada tanya banyak kali boleh ke makcik tu buat sebab masa tu saya tahu memang tak ada dah orang yang terima tempahan sebab agak lewat.

“Makcik tu setuju ambil dan baju tersebut disiapkan pada 27 Mei lalu. Dia yang bagi tarikh bila siap. Saya ikut saja asalkan baju tu siap,” katanya kepada mStar.

Diana mendakwa baju kurung yang dijahit lebih besar daripada saiz badannya.

Diana berkata, ini bukan pertama kali dia menggunakan khidmat tukang jahit itu kerana pernah menghantar seluar untuk dipotong dan jahitan yang dibuat tampak kemas.

Namun baju kurungnya yang disiapkan tukang jahit itu amat mengejutkan kerana hasilnya begitu menghampakan, sangat berbeza berbanding dengan yang ditempah.

'Sayap' kelihatan pada lengan baju kurung yang ditempah Diana.

Dia yang bekerja sebagai kerani sukar menerima alasan tukang jahit itu yang mendakwa baju yang dijahit olehnya itu cantik dan sesuai dipakai kerana 'badannya gemuk'.

“Berat badan saya sebelum tempah kain dah 74 kilogram (kg) dan hanya turun antara 2kg atau 3kg. Takkanlah mendadak kecil badan saya. 

Kain tulah sayang sebab mak yang bagi. Saya jarang meminta dengan mak. Bila mak bagi, rasa sayanglah. Perasaan saya hancur. Walaupun boleh ganti baharu tapi takkan sama.

DIANA

“Saya pakai depan dia, saya tunjuk bahagian ketiak. Saya tanya kenapa bersayap ni? Dia cakap OK lah ni, awak pun gemuk sangat, dia siap ketawa riang lagi. 

“Memang saya agak berisi tapi taklah sebesar baju tu badan saya. Boleh masuk seorang lagi tu,” katanya dengan nada yang menjengkelkan.

Gara-gara kain tidak mencukupi, lebihan kain lain 'ditampal' pada lengan baju.

Walaupun upah menjahit hanya RM45 tetapi apa yang membuatkan Diana terkilan kerana kain tersebut adalah pemberian ibunya.

“Kain tulah sayang sebab mak yang bagi. Saya jarang meminta dengan mak. Bila mak bagi, rasa sayanglah. Perasaan saya hancur. Walaupun boleh ganti baharu tapi takkan sama,” katanya.

Perkongsian Diana mengenai alasan tukang jahit.

Diana berkata, tukang jahit berkenaan menawarkan untuk membuat perubahan pada baju rayanya tetapi dia akui serik untuk menerima tawaran itu.

“Makcik tu dah ganti duit kain tapi dia minta kain tu. Duit upah tak bayar balik. Malas saya nak panjangkan cerita. Biarlah dia tak nak bagi, pengajaran untuk saya.

“Nasihat saya kepada makcik tu dan semua tukang jahit, kalau tak boleh buat atau ada masalah kain tak cukup, beritahu. Ni kan amanah daripada pelanggan. 

“Kalau buat silap, minta maaf atau bayar balik. Ini tidak, macam kita pula yang salah. Jangan salahkan pelanggan sebab gemuk, itu sekadar alasan je tu,” katanya sambil menambah dia bernasib baik mempunyai baju lain untuk dipakai pada Hari Raya nanti.

baju raya , baju kurung , tukang jahit , gemuk

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain