suria

Punah! Lubang sempit, kain sendat... 7 sekeluarga 'menangis' tengok baju raya dikerjakan tukang jahit, “Patutlah ketuk pintu tak mau buka”

Lubang kepala baju Melayu anak Shafiq yang kecil (gambar kiri) serta kain baju kurung isteirnya yang dijahit tidak mengikut ukuran sebenar.

BERCERITA mengenai lebaran, setiap keluarga biasanya mempunyai warna tema tersendiri untuk baju raya mereka.

Begitu juga dengan keluarga Mohd Shafiq Mohd Sani, 34, dan pasangannya Ieda Esa, 28, yang memilih untuk sedondon menggayakan warna kuning bersama tiga anak mereka.

Namun, keterujaan itu bertukar duka apabila tujuh pasang baju yang dijahit di sebuah butik di Klang, Selangor diterima dalam keadaan yang cukup menghampakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kuasa tular! Pengantin 'reject' busana kahwin, tapi tukang jahit lega sebab...

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan tak sokong orang kita, tapi dedah usahawan tudung "tukang jahit Bangla bagus, lebih kemas"

Bercakap kepada mStar, dia yang mesra disapa Shafiq mengakui berang dengan kejadian itu.

"Dah dekat lima bulan hantar, pengusaha butik tu banyak kali tangguh, banyak bagi alasan.

"Semalam (Selasa) saya pergi butik, tengok-tengok ada dua orang lagi tengah tunggu, mereka ketuk pintu tapi dia tak mau buka.

"Saya jerit suruh keluar, dia tak tunjuk muka pun, akhirnya pekerja dia sahaja yang serahkan baju," ujar Shafiq sewaktu dihubungi pada Rabu.

Ini pengalaman pertama. Memang serik. Tahun depan mungkin beli baju yang dah siap sahaja.

MOHD SHAFIQ MOHD SANI

Dakwa Shafiq, baju raya milik dia sekeluarga diterima dalam keadaan rosak, malahan dia terkejut melihat hasil jahitan premis bertaraf butik tersebut.

"Baju kurung enam helai, isteri dan anak-anak punya, baju Melayu saya sehelai.

"Baju Melayu untuk anak lelaki tak dapat, dia kata tak cukup kain. Padahal sebelum jahit memang cukup kainnya.

"Seluar baju Melayu saya senteng, kain baju kurung isteri tak muat nak masuk. Baju anak-anak pun rosak, tak muat nak masuk kepala," ujarnya lagi.

Seluar baju Melayu dijahit senteng.

Kata Shafiq, dia menganggarkan mengalami kerugian sekitar RM600 akibat kejadian itu.

Selain kos membeli kain, dia juga sudah melunaskan deposit awal upah jahit sekitar RM200 sebelum ini.

Berang dengan hasil yang diterima, dia enggan membayar baki upah selebihnya kepada pengusaha butik itu.

Bukan itu sahaja dia juga terpaksa mengeluarkan wang sekali lagi untuk membeli pakaian lain sebagai ganti untuk digayakan pada lebaran nanti.


Lubang untuk memasukkan kepala dijahit terlalu kecil sehingga tidak boleh dipakai oleh anaknya.

"Hari Jumaat ni nak pergi beli sebab 31 Mei baru dapat gaji. Seminggu lagi nak raya jadi macam ni pula.

"Ini pengalaman pertama, memang serik. Tahun depan mungkin beli baju yang dah siap sahaja.

"Tukang jahit yang saya kenal semua dah full, tak mahu ambil tempahan. Jadi ada orang cadangkan buat kat butik tu.

"Tengok butik elok, cukup lengkap, kalau tengok tempat memang yakinlah. Tak sangka jadi macam ni.

"Lepas viral, baru tahu ramai juga yang pernah terkena dengan dia sebelum ini," ujarnya yang bekerja sebagai despatch.

Difahamkan, pengusaha butik itu juga sudah menyahaktifkan akaun Facebook miliknya selepas kes itu tular di laman sosial.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
baju raya, tukang jahit, rosak

Artikel Lain