suria

Topup RM10 punya hal, orang kita tanpa rasa malu maki cashier warga asing, “Saya cuma nak beritahu kekasaran tak selesai masalah”

Video insiden kekecohan yang dirakam Aiman tular di laman sosial.

'BUDI bahasa budaya kita' sentiasa diamalkan oleh masyarakat Malaysia namun masih ada segelintir yang bersikap kurang sopan terhadap individu lain.

Terbaharu, satu rakaman video menunjukkan dua individu mengamuk dan menengking pekerja warga asing, dipercayai kerana tidak puas hati dengan urusan pembelian kad tambah nilai prabayar.

Salah seorang pelanggan yang menyaksikan kejadian tersebut, Aiman Ariff Khairuddin sempat membuat rakaman kekecohan yang berlaku di sebuah kedai serbaneka di pusat beli belah terkenal di Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

ARTIKEL BERKAITAN:Tak tolong, tapi rakam wanita kena langgar, pemilik video tular kata “kalau turun tak sempat”

ARTIKEL BERKAITAN:Gara-gara tambah nilai prabayar, lapan remaja bergaduh

Video rakaman yang dimuat naik Aiman tular di media sosial baru-baru ini.

Aiman Ariff Khairuddin atau mesra disapa Aiman yang ketika itu berada di tempat kejadian memberitahu walaupun hanya ingin membeli sebotol air minuman namun terpaksa menunggu lama hanya disebabkan pertelingkahan antara dua individu berkenaan dengan seorang pekerja asing yang sedang bertugas di kaunter.

"Ketika itu dah hampir jam 10 malam dan saya singgah sebentar di kedai tersebut untuk membeli minuman.

"Ketika saya beratur nak bayar, dua lelaki di hadapan saya tiba-tiba naik angin, menjerit dan marah pekerja asing di kaunter hanya kerana topup Maxis RM10.

"Kebetulan saya pegang telefon dan terus rakam kejadian itu. Bukannya saya tak nak tolong tetapi saya dalam keadaan terkejut, nasib baik ada yang cuba redakan keadaan," katanya kepada mStar.

Penuntut Universiti Sains Malaysia (USM) itu juga berpendapat tindakan dua lelaki berkenaan sungguh biadab dan masalah yang timbul sebenarnya boleh diselesaikan dengan cara baik.

Aiman yang berada di tempat kejadian sempat merakam insiden yang berlaku di depan matanya.

Pertelingkahan yang mengambil masa agak lama itu membuatkan Aiman membuat keputusan untuk keluar sahaja dari premis berkenaan.

Mengulas lanjut tentang kejadian sebenar, salah seorang pekerja di premis tersebut yang enggan dikenali identitinya memberitahu apa yang berlaku hanyalah sekadar salah faham.

Kebetulan saya pegang phone dan terus rakam kejadian itu. Bukannya saya tak nak tolong tetapi saya dalam keadaan terkejut. Nasib ada yang cuba redakan keadaan.

AIMAN ARIFF KHAIRUDDIN

Penuntut USM

"Keesokan paginya, staf berkenaan (warga asing) menceritakan kejadian sebenar kepada saya memandangkan saya tiada di situ ketika kejadian.

"Dia pun ada beritahu saya yang dia dah minta maaf kepada dua lelaki berkenaan. Saya tak sangka pula video yang dirakam individu tersebut jadi viral sebab ia hanyalah perkara kecil sahaja," katanya.

Rata-rata netizen mengecam tindakan dua individu tersebut di ruangan komen.

Dalam pada itu, video rakaman berdurasi satu minit 12 saat itu yang dikongsi Aiman di laman Twitter meraih tontonan kira-kira 281,000 dan 10,354 ulang kicau serta 5,699 tanda suka.

Rata-rata netizen mengutuk tingkah laku biadab dua individu berkenaan di ruangan komen dan tidak bersetuju dengan sikap yang sebegitu yang dianggap memalukan.

"Niat saya bukan untuk memalukan dua individu berkenaan tetapi saya cuma nak beritahu kekasaran bukan penyelesaian masalah.

"Saya rekod pun memang tak nampak muka mereka berdua," katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
gaduh, top up, warga asing

Artikel Lain