suria

“Zaman sekolah selalu keluar masuk balai” - Anak Melayu kacukan Afrika anggap masih ramai yang rasis walau negara nampak harmoni

Adam kini merupakan pelajar UiTM.

SEPANJANG 22 tahun kehidupannya, isu perkauman bagaikan sudah sebati dalam diri anak Melayu berdarah kacukan Afrika ini.

Sejak kecil, pelbagai penghinaan telah dilemparkan dan ia masih berlarutan sehingga kini.

Menurut Ejiofor Adam Young, dia juga sering menerima layanan tidak adil daripada orang sekeliling dan perkara itu disifatkan cukup menyedihkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Setahun peluk Islam, apa yang dialami jejaka mualaf ini tidak pernah dijangka... terharu keluarga mentua terima menantu nakal!

ARTIKEL BERKAITAN: Bangun tidur, terus ajak kekasih balik kampung sebab nak peluk Islam... selepas 4 bulan, pemuda ini kejutkan rakan pula!

Bercakap kepada mStar, dia yang mesra disapa Adam turut memperincikan banyak kejadian lampau yang masih berbekas di hatinya.

"Emak saya orang Melayu, ayah pula dari Nigeria. Saya hidup membesar di Kuala Lumpur, racism ni datang dari macam-macam orang.

"Daripada masih kecil sehingga ke sekolah... agak kurang sikit bila masuk universiti tetapi ia tetap ada, dari bentuk lain pula.

Posting Adam di Twitter.

"Dari segi layanan orang, saya dah terbiasa. Tapi dah biasa pun tetap sakit. Orang hina, panggil bukan-bukan," ujarnya.

Menurut Adam lagi, ada juga peniaga yang enggan berurusan dengannya kerana identiti dirinya.

Malah, ada individu yang pernah kantoi bercakap buruk mengenai dirinya kerana tidak sedar Adam boleh bertutur dalam bahasa Melayu.

Walaupun dalam keadaan sedih, Allah bagi orang sekeliling yang banyak menyokong, sentiasa bagi semangat.

EJIOFOR ADAM YOUNG

PELAJAR

"Dulu masa pergi shopping, duduk semeja dengan kawan. Dia pergi order dulu. Jadi ada sekumpulan orang Melayu di meja sebelah berborak mengenai saya.

"Masa tu sedih tapi buat tak tahu, bila kawan datang, saya sengaja cakap bahasa Melayu kuat-kuat. Kemudiannya baru mereka sedar saya faham apa yang diperkatakan.

"Terus mereka bangun dan berlalu pergi. Ada juga yang tak nak layan saya sebagai pelanggan," ujarnya lagi.

Adam bersama bapanya.

Namun kata Adam, dia bersyukur apabila dikelilingi rakan-rakan yang positif dan sentiasa memberi semangat buatnya.

Malah, dia juga mencari eskapism kepada kesedihan diri dengan menyertai pancaragam dan turut menyertai pasukan teater.

"Dulu hidup sangat susah nak bergaul dengan orang. Selalu kena pulau, kena pukul. Selalu zaman sekolah keluar masuk balai polis sebab orang kacau saya.

"Walaupun dalam keadaan sedih, Allah bagi orang sekeliling yang banyak menyokong, sentiasa bagi semangat.

Adam merupakan penuntut UiTM.

"Untuk lupakan hal ini, saya juga masuk pancaragam, bermain instrumen trombone dan masuk teater," ujar penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Segaamt, Johor itu.

Menurut Adam, ibu bapanya berkahwin sekitar tahun 1997 dan sudah lama berpisah.

Namun, mereka masih lagi berhubung dengan bapanya yang kini menetap di United Kingdom.

Dalam pada itu, posting Adam mengenai kisah itu turut menerima hampir 6,000 ulang kicau (Retweet) di Twiter.

Malah, ramai netizen turut membanjiri posting itu dan memberi kata-kata semangat buat Adam.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain