suria

Diduga kopi tumpah, ibu jaga aib dua anak tiba-tiba dapat ‘kejutan’ – “Macam nak luluh jantung saya...”

Irda berkongsi insiden minuman kopinya tumpah angkara anak-anaknya yang tidak disengajakan. Foto Facebook Irda Bay

KEBANYAKAN daripada kita memang ‘hantu’ kopi, kalau tak dapat secawan kopi rasanya tak lengkap hari-hari yang dilalui.

Gara-gara kopi juga, berlaku satu insiden yang tidak diduga di sebuah kafe terkenal sehingga menguji kesabaran seorang wanita.

Menerusi satu perkongsian di halaman Facebook Irda Bay yang tular, wanita yang lebih mesra dengan panggilan Ir itu menerima satu kejutan daripada rakannya sewaktu sedang beratur di kaunter.

ARTIKEL BERKAITAN: “Silap, 10 minit yang berharga tu saya lalai” - Kerana susu satu tin, isteri kursus 2 hari... rosak sofa ‘dikerjakan’ anak-anak

ARTIKEL BERKAITAN: Adik tumpahkan mi goreng, abang sental kereta... Lelaki ini terkedu disuruh tengok kiri “Nampak senang, tapi bukan mudah nak bersihkan”

“Ir, sebelum aku cakap ni, mu kena tarik nafas, istighfar dan mengucap banyak-banyak dulu. Kopi mu tumpah, habis semua. Mu belum minum kan?

“Si kakak dan adik berebut air coklat tu. Tapi si kakak macam terkebelakang sikit, terlanggar airmu. Habislah tumpah. Sabar ye,” ujar rakannya yang merujuk kepada dua anaknya yang turut bersama dalam pertemuan bersama rakan niaga itu.

Kerana kopi tumpah, Irda terpaksa membeli segelas lagi minuman yang sama.

Ir hanya tersenyum dan menjawab ‘Oh, tak apalah’ dan kembali ke kaunter serta membuat pesanan segelas kopi baharu untuk dirinya.

Naik ke tingkat atas kafe berkenaan, si kakak hanya diam dengan wajah penuh rasa bersalah susulan kejadian yang berlaku.

“Saya tak marah, saya cuma pandang mata dia dan cakap dengan nada biasa dan perlahan, ‘Mummy dah cakap tadi suruh sabar, kan? Nanti Mummy ambil kan straw lagi satu. 

“Tapi kakak tak dengar cakap, berebut juga. Sebab tu jadi tumpah macam ni, kan? Lain kali dengar cakap Mummy, OK?’.

“Tiada sesi cubit-mencubit, mahupun jeling-menjeling. Sebab itu memang bukan cara saya,” ujarnya sambil menambah anaknya menerima tegurannya itu dengan baik.

Irda berkongsi antara komen netizen.

Ketika rancak berbual di kafe, salah seorang downlinenya menghantar mesej yang mahu mendaftar ahli baharu dengan pembelian produk berharga hampir RM500, tidak termasuk tempahan lain.

“Allahuakbar. Macam nak luluh jantung saya baca, betapa Maha Pemurahnya Allah! Saya cuma bersabar dengan kerugian secawan kopi yang berharga tak sampai RM15.

Jangan salah tafsir antara bertegas dan garang. Bertegas tak bermaksud perlu marah-marah, bercakap kasar, tinggi suara dan menengking.

IRDA

“Dan saya terpaksa membelanjakan lagi hampir RM15 untuk segelas kopi ganti. Tapi Allah hadiahkan saya dengan jualan berjumlah lebih RM500! Terima kasih ya Allah.

“Saya seperti sangat yakin, semua ini asbabnya adalah kerana saya bersabar, tidak memarahi anak secara melulu dan sebaiknya cuba menjaga aib anak-anak di khalayak umum,” katanya.

Reaksi Irda susulan postingnya yang tular dan mendapat pelbagai reaksi netizen.

Menurut Irda, apa yang cuba disampaikannya menerusi ‘kopi tumpah’ itu adalah cara didikan ibu bapa terhadap anak-anak mereka.

“Apa kita buat sebagai ibu bapa adalah sebahagian besar dari ‘deposit’ dalam kehidupan anak kita. Anak tak dengar apa kita cakap, tapi anak ikut apa kita buat. 

“Walhal, terlalu ramai je ibu bapa yang mendidik anak dengan berlembut, berhikmah dan bersabar. Dan anak-anak mereka jadi insan yang cemerlang pun dari segi akademik, sahsiah dan jati dirinya. 

“Jangan salah tafsir antara bertegas dan garang. Bertegas tak bermaksud perlu marah-marah, bercakap kasar, tinggi suara dan menengking... dan bukan semua tindakan kita sebagai ibu bapa boleh diselindung di sebalik kata-kata ‘marah tu tanda sayang’,” katanya.

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my
kopi, tumpah, kafe, Irda Bay

Artikel Berkaitan

Artikel Lain