suria

Wanita mengamuk kereta ditarik, ludah pegawai dan baling kon didakwa depresi - “Anak sulung baru meninggal, suami kahwin lain”

Video seorang wanita mengamuk gara-gara keretanya mahu ditarik pihak berkuasa tempatan menjadi tular di media sosial.

KENA saman, tayar dikunci atau kenderaan ditarik trak tunda adalah tindakan yang akan dikenakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) terhadap pemandu yang meletakkan kenderaan mereka di kawasan larangan.

Sudah menjadi tugas PBT untuk menguatkuasakan undang-undang tersebut agar pemandu tidak sewenang-wenangnya melakukan kesalahan sehingga boleh menyusahkan orang lain.

Bagaimanapun, masih ada segelintir individu yang tetap berdegil dan tidak mengendahkan undang-undang ditetapkan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya mesej emak, beritahu tak mahu teruskan hidup” - Kulit muka teruk, dipukul dan dihentak sehingga ganggu otak... gadis ini derita depresi

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi masalah mental di TV hingga diugut bunuh, guru lelaki ini diduga lagi... “Saya bangga kerana berani cari bantuan dan rawatan”

Apabila dikenakan tindakan, mereka pandai pula melenting sedangkan diri sendiri yang melakukan kesalahan, sebagaimana insiden yang berlaku baru-baru ini di mana seorang wanita mengamuk apabila kereta miliknya mahu ditarik oleh petugas PBT.

Menerusi video yang mulai tular sejak petang Khamis, wanita yang berpakaian merah jambu itu dilihat mengamuk apabila keretanya yang diparkir di tepi jalan mahu ditunda oleh petugas.

Sambil menjerit, wanita tersebut dilihat seolah-olah hilang kawalan apabila melompat-lompat bagi menunjukkan rasa tidak puas hatinya, malah dia juga meludah ke arah petugas dan orang awam yang mahu menenangkannya.

Perkongsian video menunjukkan seorang wanita bertindak agresif gara-gara keretanya ditarik menjadi tular di media sosial.

Tidak cukup dengan itu, wanita tersebut cuba mencabut penutup pam tayar trak tunda dan membaling kon ke arah petugas berkenaan.

Dia juga dilihat cuba ditenangkan berkali-kali oleh seorang lelaki dipercayai orang awam, namun tindakan agresifnya tetap berterusan sehingga petugas kemudiannya menanggalkan besi cangkuk pada keretanya.

Cikgu ni depresi… anak sulung dia baru meninggal dunia. Suami dia kahwin lain dan bawa anak dia sorang lagi.

NETIZEN

Video yang dimuat naik di Twitter oleh pelayar bernama Duurianne sehingga kini meraih 7,000 retweet dan 4,300 like.

Menurut kapsyen pada video tersebut, kejadian itu dilaporkan berlaku di Sungai Buloh, Selangor.

Sementara itu, perkongsian tersebut mengundang reaksi pelbagai daripada netizen.

Segelintir netizen mengecam tindakan wanita berkenaan kerana menghalang tugas penjawat awam.

Antara komen netizen terhadap perkongsian video yang tular itu. 

Namun tidak kurang ada juga yang melahirkan rasa simpati terhadap wanita berkenaan kerana menganggap dia sedang mengalami tekanan sehingga mendorong dirinya bertindak di luar kawalan.

“Dia mungkin ada masalah lain yang kita tak tahu, maybe kereta itu je yang dia ada untuk cari rezeki, sebab tu dia bertindak di luar kawalan. Anak atau mak atau suami sakit ke kan… husnuzon saja,” tulis seorang pelayar.

Sementara itu, ada netizen mendakwa wanita tersebut sememangnya berhadapan dengan depresi gara-gara mempunyai masalah peribadi.

Komen netizen yang mendakwa wanita tersebut merupakan seorang guru dan sedang menghadapi depresi gara-gara masalah keluarga.

“Cikgu ni depresi… anak sulung dia baru meninggal dunia. Suami dia kahwin lain dan bawa anak dia sorang lagi,” tulis seorang pelayar.

“Wanita ini tengah ada masalah dengan keluarga dia sebenarnya dan dia tak dijaga seperti pemakanan ubat terkawal. Sekarang ibu bapa dia hantar dia pergi hospital,” tulis seorang pelayar yang lain pula.

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my
trak tunda, depresi, meninggal, suami, ludah, kon

Artikel Berkaitan

Artikel Lain