Anak Malaysia di Kanada disangka artis Korea, ramai gadis cuba nasib buat jejaka ini keliru - “Kalau ambil serius nanti orang cakap perasan pula”

Fahmi menyambung pelajaran sebagai kadet tentera udara di Royal Military College Saint-Jean, Kanada.

"MIX Korea ke ni?"

Itu antara kata-kata netizen yang tertanya-tanya mengenai jejaka persis lelaki Korea yang berkongsi gambarnya memakai baju tentera di Twitter.

Gambar Muhammad Fahmi Mohd Yunus dengan kapsyen "11 more months" mendapat lebih 13,500 tanda suka di platform media sosial itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja pulang dari Kanada buat kejutan, reaksi ibu Fahmi paling kelakar!

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat K-Pop bibir pink menyesal seminggu bertopeng di Korea Selatan sebab rasa rendah diri – “Saya akan kembali dengan lebih banyak gambar selfie”

Menurut pemuda berusia 20 tahun itu, dia tidak mempunyai darah campuran Korea.

"Saya tiada darah campuran Korea pun. Mak dan ayah saya keturunan Jawa.

Wajah Fahmi (tengah) dikatakan seperti artis Korea.

"Tapi nenek sebelah mak saya ada darah Cina. Mungkin sebab tu muka saya dan adik-beradik lain macam kacukan Cina sikit," katanya kepada mStar.

Disamakan seperti Hyun Bin dan Teacyeon, Muhammad Fahmi bagaimanapun menganggap wajahnya jauh berbeza dengan artis popular Korea itu.

"Saya terfikir, kenapa Korea? Dan saya tak fikir muka saya sama dengan orang Korea.

"Wajah kami tak sama langsung, jauh sekali," katanya.

Sejak gambar anak keempat daripada enam beradik itu tular di Twitter, Muhammad Fahmi mendedahkan dia menerima banyak Direct Message (DM) dan balasan tweet dalam kalangan gadis.

"Bila dapat banyak mesej saya rasa macam kelakar sebab tak tahu mereka ni serius atau melawak.

Fahmi dijangka menamatkan pengajiannya pada Mei 2022.

"Kalau saya ambil serius nanti orang cakap perasan pula, kalau anggap mereka melawak nanti ada yang kata saya sombong.

"Mana yang DM ke, reply tweet ke, quote ke, saya cuba balas 'hai' pada mereka. Saya cuma mahu jadi lebih friendly. Orang bagi salam jadi kita kena jawablah," katanya.

Mengenai status dirinya, Muhammad Fahmi atau lebih mesra disapa Fahmi berkata dia baru saja putus cinta dengan kekasihnya tahun lalu.

"Saya baru je putus cinta Jun tahun lepas. Hubungan cinta selama enam tahun tidak bertahan lama. Buat masa ni saya belum bersedia untuk bercinta lagi.

"Bukan sebab tak move on tapi saya rasa lebih elok bersendirian dulu. Lagipun saya masih ada di Kanada.

"Tak mudah menjalin hubungan cinta jarak jauh kerana bidang ketenteraan yang saya ceburi. Tambahan pula perbezaan masa... sini pagi sana malam," katanya.

Keluarga besar Fahmi.

Mengenai gambarnya berpakaian tentera itu, Fahmi berkata dia sedang melanjutkan pengajian sebagai kadet tentera udara di Royal Military College Saint-Jean, Kanada.

"Sebenarnya ramai tak tahu military ada buat program hantar student ke luar negara untuk dapat degree.

"Saya tengah sambung degree dan sudah berada di sini selama setahun setengah. Insya-Allah program saya dijangka habis Mei 2022.

Tak mudah menjalin hubungan cinta jarak jauh kerana bidang ketenteraan yang saya ceburi. Tambahan pula perbezaan masa... sini pagi sana malam.

MUHAMMAD FAHMI MOHD YUNUS

"Ramai tertanya-tanya mengenai kapsyen gambar saya tu. Itu maksudnya 11 bulan lagi untuk habiskan fasa ketiga training saya di sini.

"Lepas tu tinggal lagi 18 bulan untuk habiskan fasa keempat," katanya yang sudah menyesuaikan diri dengan kehidupan di Kanada.

Rata-rata gadis menghantar tweet pick up line di posting Fahmi.

Reaksi netizen terhadap posting Fahmi yang tular di Twitter.

"Bismillah, Assalammualaikum. Saya pandai masak dan sambal belacan saya tip top. Sambal pecal tu boleh belajar. Saya cuba," kata Pipi Zola.

"Assalamualaikum jodoh," kata perempuanegoiss.

"Hi walaupun saya tak cantik tapi saya pandai kemas rumah, baik, sabar, tak suka marah-marah dan saya pandai masak nasi," tulis Gwendolyn.

Fahmi pernah tular sebelum ini kerana tiba-tiba muncul di depan pintu rumah dan membuat kejutan kepada keluarga tersayang.

Aksi Fahmi melakukan silap mata untuk mengejutkan ibunya menerima pelbagai reaksi netizen.

Artikel Berkaitan

Artikel Lain