Hancur gerai burger dirempuh pemandu mabuk, peniaga bagai ada ‘sixth sense’ sempat peluk anak 5 tahun – “Jarak kereta hanya sejengkal, tak dapat bayangkan kalau…”

Keadaan sebuah kereta yang dipercayai dipandu pemandu mabuk merempuh sebuah gerai burger di Bercham di Ipoh, Perak. (Gambar kecil) Hazwan dan anak lelakinya berusia lima tahun nyaris maut dalam kejadian itu. Foto ihsan Mohd Hazwan Ghazali

MALANG menimpa dua beranak nyaris maut apabila gerai burger yang baru dibuka dirempuh sebuah kereta, dipercayai pemandunya mabuk.

Belumpun ada pelanggan pertama, penjual burger itu menerima dugaan apabila kejadian tersebut mengakibatkan gerainya musnah.

“Sedih betul baru nak mula berniaga dah hancur kerana seorang pemabuk... syukur Alhamdulillah selamat,” menurut posting seorang bapa di laman sosial Facebook sehingga dikongsi lebih 3,000 kali.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki misteri muncul selepas 2 jam termenung, terkejut kereta remuk macam dilenyek ‘tanker’ – “Menggeletar, aku fikir hidup ke mati... mungkin ini peluang kedua”

ARTIKEL BERKAITAN: Hantar rakan baru kematian bapa akibat kemalangan, pelajar rempuh pokok dalam perjalanan pulang... besar ujian untuknya, kereta sewa remuk teruk!

Peniaga berkenaan, Mohd Hazwan Ghazali, 30, berkata, kejadian berlaku di jalan utama di Bercham, Ipoh di Perak pada petang Sabtu.

Anak Hazwan yang didukung oleh peniaga buah limau.

Dia yang baru berniaga burger secara sambilan memberitahu, gerai tersebut baru beroperasi di jalan itu kurang dari sebulan.

“Saya buka gerai pukul 6 petang dan dalam pukul 6.30 petang baru saya duduk di gerai bersama anak lelaki berusia lima tahun.

“Masa tu, saya nampak sebuah kereta keluar dari simpang agak jauh yang dipandu sangat laju. Kereta tu siap masuk lorong bertentangan dan ada kereta lain cuba mengelak.

“Kereta tu kemudian hilang kawalan dan melanggar tiang khemah gerai buah limau di sebelah sebelum merempuh gerai saya hingga hancur,” katanya kepada mStar.

Selain gerai burger yang hancur teruk, motosikal Hazwan turut mengalami kerosakan.

Hazwan berkata, dia bersyukur kerana dia dan anaknya selamat kecuali dia mengalami cedera ringan di bahu kiri akibat ditimpa dahan-dahan pokok.

"Sebelum kejadian, saya tergerak hati nak panggil anak saya yang sedang bermain datang pada saya.

Bila saya nampak kereta tu dipandu macam tu, saya cepat-cepat tarik dan peluk anak saya untuk ke belakang. Saya juga hampir terjatuh ke longkang

HAZWAN

“Bila saya nampak kereta tu dipandu macam tu, saya cepat-cepat tarik dan peluk anak saya untuk ke belakang. Saya juga hampir terjatuh ke longkang tapi keadaan terkawal.

“Syukur saya dapat naluri yang Allah bagi masa tu, macam sixth sense. Jarak kereta hanya sejengkal saja, saya tak dapat bayangkan keadaan anak saya kalau dia masih bermain,” ujar bapa yang berasal dari Sungai Petani, Kedah itu.

Hazwan bersyukur dia dan anaknya selamat dalam kejadian itu.

Menurut Hazwan, pemandu terbabit dipercayai mabuk berdasarkan bau mulut yang dikesan orang awam.

Tambahnya, pemandu berkenaan juga mengakui kesilapannya dan membayar segala ganti rugi di atas kerosakan gerai burger dan motosikalnya akibat rempuhan itu.

“Pemandu lelaki berusia 31 tahun itu nampak berjalan lemah-gemalai dan cakap pun macam lalok,” katanya yang juga bekerja menyediakan servis penapis air.

Hazwan lebih mengutamakan keselamatan anak.

Hazwan bagaimanapun kesal dengan tindakan pemandu yang tidak bertanggungjawab kerana sanggup membahayakan orang lain dengan memandu dalam keadaan mabuk.

“Saya tak mahu panjangkan kes untuk membuat laporan polis sebab anak saya selamat, itu yang paling utama. Namun, saya berharap kerajaan memperketatkan undang-undang berkaitan dengan kes seumpama ini.

“Selepas ini, saya tidak akan bawa anak untuk temankan saya jual burger. Keadaan yang menimpa kami cukup mengerikan,” katanya sambil menjadikan insiden tersebut sebagai pengajaran.

Artikel Berkaitan

Klik

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Artikel Lain