suria

Berangan nak jadi model, kepala pelajar ini terhantuk kuat masa catwalk ke bilik pensyarah - “Minat modeling, nak pergi uji bakat mesti ada je halangan”

Video seorang lelaki terhantuk tingkap ketika catwalk tular.

GARA-GARA seronok berjalan 'catwalk' berangan nak jadi model, kepala mahasiswa ini terhantuk di tingkap sebelum dia terjatuh. 

Seorang pelayar Twitter berkongsi video menunjukkan rakannya, Muhd Afiq Shah sedang catwalk, namun ketika dia mahu memandang sesuatu di luar tingkap kepalanya terhantuk kuat kerana cerminnya berada dalam keadaan tertutup.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis interview rakan menang pilihan raya kampus dedah alasan jatuh, rupa-rupanya ada sebab lain yang tak nampak dalam kamera!

Video berdurasi 14 saat itu turut menyaksikan rakan-rakannya ketawa terbahak-bahak selepas Muhd Afiq Shah gara-gara insiden tersebut.

Sehingga kini, posting itu menerima lebih dari 87,000 tontonan, 8,000 ulang kicau dan 5,900 tanda suka di Twitter.

Perkongsian pengguna Twitter tular mengenai rakannya yang terjatuh daripada 'cat walk' apabila terhantuk kepalanya di tingkap.

"Hahahaha sangat menggelupur dah kenapa? Kan dah terhantuk. 

"Hahahahaha terkejut lepas dia langgar tingkap. Haha kuatnya bunyi. 

"Kuat doh bunyi dia. Hahahahaha sorry tergelak," komen beberapa netizen.  

Berkongsi cerita dengan mStar, pemuda berusia 19 tahun itu memberitahu bahawa tindakannya berjalan seperti seorang model dilakukan secara suka-suka.

Mengimbas kembali kejadian tersebut, Muhd Afiq Shah atau lebih mesra disapa Afiq berkata entah bagaimana ketika dia berpatah palik, dia ternampak rakannya di luar tingkap dan mahu menyapanya tetapi kepala pula terhantuk kerana tingkap tersebut sebenarnya sedang ditutup.

"Biasalah saja-saja berangan nak jadi model. Tu yang buat catwalk. Masa tu memang tak ada orang kat situ.

Niat saya cuma nak gurau-gurau je sebenarnya. Ala, biasalah saja-saja berangan nak jadi model. Tu yang buat 'cat walk' tu. Masa tu memang tak ada orang kat situ.

MUHD AFIQ SHAH 

"Saya dengan kawan-kawan je yang ada... kami on the way nak pergi bilik lecturer ambil assignment. Masa saya catwalk tu, saya terperasan macam ada kawan saya kat luar tingkap. Saya nak jerit panggil dia sebenarnya, sekali kepala saya terhantuk kat tingkap.

"Saya rasa kelakar masa tu, sebab saya ingatkan tingkap tu terbuka. Rupanya tertutup. Selamat tak pecah cermin tingkap tu. Cuma bergegar ajelah. Tapi, Alhamdulilah saya tak ada apa-apa kecederaan yang teruk, cuma kat kening saya tu bengkak sikit," katanya. 

Sedang mengikuti jurusan Pra Diploma Perdagangan di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Afiq berkata dia tidak menyangka videonya itu akan tular di laman sosial.

Anak kedua daripada empat orang adik beradik ini juga mengakui memang sudah lama memasang niat untuk menjadi seorang model, namun tidak berpeluang mengikuti apa-apa uji bakat.

Afiq akui sudah lama meminati bidang peragaan.

"Sejujurnya, kawan-kawan saya memang ada cakap nak rakam, tapi saya ingatkan main-main. Jadi saya pun catwalklah macam biasa. 

"Kebiasaannya pun kalau rakam, diaorang tak share kat media sosial. Tapi untuk video ni, pagi-pagi je saya bangun tidur, kawan suruh buka Twitter. Bila tengok, dah viral.

"Saya memang minat bidang modeling, cumanya setiap kali nak pergi uji bakat je mesti ada halangan," ujarnya. 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
terhantuk, berangan, jatuh, model

Artikel Lain