suria

“Dia raba-raba bawah seluar rasa bentuk petak” - Gigih pusing kampung cari telefon hilang, dua beranak tak boleh lupa insiden ‘kaki curi handphone’

Nur Izni menemani bapanya mencari telefon bimbitnya yang dipercayai hilang sekitar Taman Seri Inderapura, Kuantan pada Rabu lalu.

MULA-mula sedih tapi kesudahan kisah dua beranak ini nyata mencuit hati netizen.

Semuanya bermula apabila seorang bapa memaklumkan kepada keluarganya bahawa telefon bimbitnya yang baru dibeli seminggu yang lalu tercicir ketika dalam perjalanan pulang membeli sarapan pagi.

Sebaik tiba di rumah, Zakaria Jusoh, 60, keluar semula untuk mencari telefon bimbitnya itu tetapi pencariannya itu tidak membuahkan sebarang hasil.

ARTIKEL BERKAITAN:“Buat apa nak salam ayah?”- Dulu marah, tak hormat bapa kandung... peristiwa ‘telefon rosak’ terus buat wanita ini lupa segala dendam

ARTIKEL BERKAITAN: Nak segera siapkan urusan kahwin anak satu petanda, ayah pergi 4 hari sebelum jadi wali nikah - “Masih ada lagi bau ayah pada jam tangannya”

Tidak sanggup melihat bapanya bersedih, Nur Izni Nadirah mengajak bapanya keluar mencari semula telefon bimbitnya itu.

"Lepas abah balik dia kata dah puas cari tapi tak jumpa juga. Saya pun tenangkan abah cakap tak pe nanti kita cari balik sebab bila call still ringing.


Nur Izni turut berkongsi kisah sedih dan melucukan itu di Twitternya.

"Kalau ada orang ambil mesti orang tu akan angkat atau call masuk mailbox. Jadi saya pun fikir masih ada harapan lagi nak jumpa.

"Saya ajaklah abah untuk makan dulu. Kira-kira pukul 11 lebih macam tu barulah kami keluar balik," katanya kepada mStar.

Nur Izni berkata pencarian dilakukan sekitar Taman Seri Inderapura, Kuantan sehinggalah Tanah Putih tetapi telefon bimbit bapanya itu masih gagal ditemui. 

"Mula-mula pergi kat kiri bahu jalan, abah bawa moto slow-slow... cari-cari tapi tak ada. Lepas tu buat U-turn, lalu belah kanan pula tak jumpa juga.

"Lepas tu abah U-turn balik, jalan depan sikit. Kami dah tiga empat kali pusing dekat kawasan sama tapi tak nampak juga handphone tu.

"Abah pun macam dah give up. Dia cakap kalau hilang abah pasrah tapi pada masa saya dengar jugalah dia mengeluh... haih keluar duit lagi," katanya.

Keluarga besar Nur Izni.

Namun gadis berusia 22 tahun itu terus memberi kata-kata semangat dan membantu bapanya menjejaki telefon bimbitnya itu.

"Sampai last U-turn saya cakap kat abah nak search Google cara nak detect handphone hilang. Memandangkan abah tak ingat google account dia saya pun cubalah cari cara lain.

"Ada tulis cari guna (nombor) IMEI phone. Lepas tu saya tanya abah resit beli handphone ada ke kat dia. Abah kata ada. Saya cakap kat abah kita rehat dulu kat tepi jalan," katanya.

"Sebenarnya kaki belah kanan abah tu tak ada deria rasa. Dia pernah accident sebelum ini. Kaki tu boleh pijak tapi tak boleh rasa apa-apa.

NUR IZNI NADIRAH.

Tengah ralit menaip, Nur Izni berkata bapanya tiba-tiba memberitahu dia rasa ada sesuatu di bawah kaki seluarnya.

"Tiba-tiba abah tegur, kakak... dia rasa macam ada sesuatu kat kaki. Lepas tu dia pun raba-raba kat bawah seluar tu rasa bentuk petak. Tu yang jumpa handphone dia.

"Tapi yang kelakarnya dia boleh tanya saya macam mana boleh ada kat sini kakak. Masa tu dua-dua gelak sebab rasa macam kelakar. Ingatkan betul-betul tercicir rupa-rupanya phone tu jatuh kat kaki seluar dia.

Telefon bimbit bapa Nur Izni jatuh di kaki seluar kerana poket seluarnya koyak.

"Abah pun balik dengan riangnya. Tapi sepanjang perjalanan balik tu memang kami berdua gelak je. Sampai je rumah saya pun cerita dekat family... semua pakat gelak," katanya.

Anak keenam daripada tujuh beradik itu berkata kaki kanan bapanya sudah tidak mempunyai deria rasa kerana pernah terlibat dengan kemalangan sebelum ini.

"Sebenarnya kaki belah kanan abah tu tak ada deria rasa. Dia pernah accident sebelum ini. Kaki tu boleh pijak tapi tak boleh rasa apa-apa.

"Jadi bila handphone tu jatuh kat kaki seluar belah kanan memang dia tak rasa apa-apa. Itu yang vibrate pun dia tak rasa," katanya.

Perkongsian Nur Izni mengenai kisah happy ending itu di Twitternya mendapat lebih 34,000 ulang kicau dan 23,900 tanda suka.

Rata-rata netizen terhibur dengan kisah melucukan itu dan menyifatkan Nur Izni beruntung kerana dapat mencipta memori indah bersama bapanya.

Antara komen netizen pada posting Nur Izni yang tular di Twitter.

"Hahaha! Kelakarlah ayah awak ni. Alhamdulillah steady pakcik eh dapat fon balik, rezeki," kata Mah.

"Alhamdulillah happy ending. Benda-benda macam nilah nak ingat sampai bila-bila," tulis Shi.

"Bahagia itu mudah bila sentiasa bersyukur dan berada dengan orang yang tepat. So happy for you and your father," kata Santai.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
telefon bimbit, hilang, kaki seluar

Artikel Lain