Remaja nak tunjuk baju baharu, tapi katil 3 tingkat yang dapat perhatian - “Yang gatal tu, sebab saya post gambar seksi” - Viral | mStar

Remaja nak tunjuk baju baharu, tapi katil 3 tingkat yang dapat perhatian - “Yang gatal tu, sebab saya post gambar seksi”

Katil tiga tingkat di kediaman Nia menjadi tular di laman Twitter. FOTO: Twitter @niairwan7.

LAIN yang dikongsi, lain pula yang jadi perhatian netizen.

Itulah yang berlaku terhadap Nia Irwan, yang berkongsi foto sedang berposing dalam bilik tidur di kediamannya, baru-baru ini.

Kata remaja berusia 15 tahun ini, tiga foto yang dimuat naik memaparkan dia memakai baju baharu yang dihadiahkan seseorang.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Dua Lipa Malaysia’ dikecam kongsi foto glow up 2019... tudung ‘hilang’ - “Saya memang selalu dibenci, ada yang panggil pelacur”

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis berhijab mengaku perangai gila-gila pertahan aksi lucah tunjuk jari tengah - “Ibu bapa dah bagi didikan sempurna, ni atas diri saya”

Namun, ramai netizen tertarik dengan katil tiga tingkat di dalam biliknya sehingga posting itu tular dan menerima hampir 13,000 ulang kicau (Retweet).

"Tak kisah la badan kecik ke besar, katil tiga tingkat beli kat mana?" tulis seorang pelayar Twitter.

Bercerita kepada mStar, Nia yang menetap di Setapak, Kuala Lumpur menjelaskan katil itu dibeli oleh ibunya menerusi gedung dalam talian.

Ramai yang bertanya mengenai katil tiga tingkat di kediaman Nia.

"Mak saya yang beli secara online. Dah lama sebenarnya katil tu. Jadi saya kongsi dengan adik-beradik. Saya guna katil yang paling bawah.

"Saya pelik juga mereka baru first time tengok katil tiga tingkat. Mak beli dulu pun harga RM200 lebih je.

"Kukuh dan selesa. Adik saya siap main lompat-lompat lagi," ujar Nia sewaktu dihubungi.

Dah saya sendiri yang post gambar seksi, mengghairahkan. Mesti akan ada komen macam tu.

NIA IRWAN

Selain pertanyaan mengenai katil, posting itu turut dihujani komen-komen mengenai tubuh badan serta pemakaian Nia yang agak seksi.

Namun kata gadis itu, dia tidak boleh menutup mulut sesiapa memandangkan dia sendiri yang berkongsi gambar sedemikian rupa.

Malah, keluarganya juga tahu cara dia berpakaian dan mereka tiada masalah mengenai hal itu.

Kata Nia, katil tiga tingkat itu dibeli oleh ibunya.

"Sebenarnya ada orang belanja baju. Jadi saya post la gambar. Motif nak tunjuk baju, tapi orang tertarik pada katil.

"Yang gatal tu, saya tak boleh salahkan mereka. Saya sendiri yang post. Bukan tak kisah, kisah la juga.

"Dah saya sendiri yang post gambar seksi, mengghairahkan. Mesti akan ada komen macam tu.

Nia peka dengan pelbagai komen termasuklah berkaitan pemakaiannya di media sosial.

"Kalau tengok gambar perempuan seksi, baik simpan sendiri. Tak perlu tunjuk kat orang, tulis komen terbuka. Simpan dalam fikiran je," kata Nia lagi.

Dalam pada itu, Nia sempat berkongsi tip dalam mendapatkan badan ideal.

Kata Nia, dia tidak mempunyai sebarang amalan pemakanan sihat sebaliknya hanya melakukan senaman squat 30 kali sehari.

Nia Irwan , katil tiga tingkat , baju , seksi

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain