suria

“Video orang main gitar tapi suara lucah” - Prank tak masuk akal! Pakcik cleaner tahan malu di surau, panik sampai nak menangis

Perkongsian Syed Adam mengenai tukang cuci itu menerima reaksi ramai di Twitter. (Gambar Hiasan).

MALANG nasib seorang tukang cuci lelaki apabila dia terpaksa menahan malu di sebuah surau baru-baru ini.

Semuanya gara-gara dia secara tidak sengaja membuka video yang mengandungi bunyi lucah sejurus selesai menunaikan solat Zohor.

Kisah itu kemudiannya menjadi tular setelah ia dikongsi seorang pelayar Twitter @ibcig yang ingin dikenali sebagai Syed Adam.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya jadi takut dengan dia” - Gadis risau dapat tahu tunang yang dianggap baik, tak pernah bersentuhan ‘layan’ porno... mahu jauhkan diri

ARTIKEL BERKAITAN: Tular video anggota polis usia 55 tahun Skype tak senonoh dengan awek Filipina

Menurut Syed Adam, 24, dia kasihan apabila mengenangkan kejadian melibatkan tukang cuci yang sudah berusia itu.

"Kejadian berlaku di sebuah surau di Kuala Lumpur tempoh hari. Lepas habis solat Zohor, biasalah duduk rehat sekejap.

"Waktu tu ramai yang nak solat. Pakcik tu habis solat, duduk kejap sambil tengok telefon. Saya duduk tepi dia sebab baru sampai.

"Memang terkejut sebab volume telefon pakcik tu kuat. Bila keluar video, dia jadi panik. Saya pula tengah nak ambil wuduk," ujar Syed Adam kepada mStar.


Perkongsian Syed Adam di laman Twitter.

Memperincikan lagi kejadian itu, Syed Adam berkata, lelaki berkenaan seolah-olah terkejut dan kelu sehingga tidak mampu berbuat apa-apa.

Enggan keadaan terus kecoh, Syed Adam membantu lelaki itu menutup video dengan suara lucah yang terpasang di telefonnya.

"Saya dan kawan dah banyak kali alaminya. Video lain, tapi suara lain. Orang edit letak suara meneran macam buat hubungan seks.

"Semua pakat tengok pakcik tu. Saya sendiri yang perlahankan bunyi telefon dia sebab dia terlalu panik sampai nak nangis.

Rasa nak marah, dah nak masuk tahun 2020 orang masih buat benda tu sebagai prank. Bukan apa, kesian la dekat orang tua, pakcik makcik.

SYED ADAM

PELAYAR TWITTER

"Dia cakap, pakcik terbuka video kat Facebook ni. Video orang main gitar tapi keluar suara lucah," ujar Syed Adam lagi.

Mengakui berang dengan insiden itu, Syed Adam berharap agar tiada lagi perkara sama berlaku selepas ini.

Malah, dia mahu perkongsiannya itu diambil serius oleh masyarakat memandangkan ramai yang sudah terkena seperti tukang cuci itu.

"Rasa nak marah, dah nak masuk tahun 2020 orang masih buat benda tu sebagai prank. Bukan apa, kesian la dekat orang tua, pakcik makcik.

Ramai netizen turut berkongsi pengalaman sama di Twitter apabila mereka secara tak sengaja membuka video dengan audio lucah di tempat awam.

"Kita ingat video apa? Volume pula kuat. Kalau baca komen, ramai yang dah kena. Benda ni tak lawak pun. Memalukan," ujarnya lagi.

Perkongsian itu sehingga kini menerima lebih 37,000 ulang kicau (Retweet).

Malah, ia turut dihujani pelbagai komen, yang mana ada netizen berkongsi pengalaman serupa.

"Mak saya pernah kena, nasib di rumah dan ada kami berdua je waktu tu. Muka dia dah nak nangis sebab terkejut.

"Kesian weh dengan makcik pakcik yang kena macam ini, timbul salah faham dan fitnah. Nauzubillah.

"Aku penah kena dalam LRT. Kau boleh bayang macam mana aku dalam keadaan tu. Semua orang pandang semacam," tulis beberapa netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Syed Adam, audio lucah, tukang cuci, surau

Artikel Lain