suria

“OMG mini me!” - Neelofa pun teruja, budak 5 tahun dress up tiru gaya idola

Ramai memuji wajah Naura Auni yang dikatakan mirip selebriti jelita Neelofa. FOTO: Instagram Neelofa & Twitter @mysrhzamri.

BUKAN sahaja comel, malah kanak-kanak perempuan ini kelihatan cukup bersahaja dan tidak kekok beraksi di depan lensa kamera.

Manis mengenakan selendang hitam sambil berposing, foto Che Naura Auni Che Fahdlullah, 5, yang dikakatakan mirip pelakon dan pengacara, Neelofa, menjadi tular di laman Twitter.

Lebih mengujakan, ia turut mendapat perhatian selebriti popular itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Status ‘pedas’ gadis ini undang perhatian Neelofa - “Kaki kutuk memang ada di mana-mana”

ARTIKEL BERKAITAN: “Nak Jadi Macam Kak Neelofa”

"Ada nampak orang kata dia kelihatan seperti saya dan saya juga nampak persamaan itu," ujar Neelofa di Twitter.

Selain Twitter, Neelofa turut berkongsi foto itu menerusi laman InstaStory miliknya.

Bercakap kepada mStar, Maisarah Zamri, 25, yang bertanggungjawab memuat naik foto itu sehingga ia menjadi tular mengakui terharu dengan respons yang diterimanya.

"Naura Auni tu anak sepupu saya. Dah lama kami perasan muka dia hampir sama dengan Neelofa.

Posting Maisarah yang tular di Twitter.

"Dia pun memang suka pakai selendang. Bila bergambar, dia nak dress up macam Neelofa. Dia minat sangat.

"Bila keluarga kongsi gambar dia dalam grup WhatsApp, saya suka-suka sahaja kongsi di Twitter," ujarnya.

Kata Maisarah lagi, dia juga gembira apabila pengacara MeleTop itu turut memberi reaksi kepada posting miliknya, begitu juga keluarga Naura Auni yang turut gembira mendengar perkhabaran itu.

"Siapa tak suka kalau orang yang kita minat notice kita kan? Happy la.

MAISARAH ZAMRI

"Naura Auni ada di Kelantan sekarang. Ibunya baru sahaja bersalin anak kedua sekitar November lalu. Mak dia orang sana.

"Teruja bila Neelofa komen, saya gembira bila Naura Auni pun gembira.

"Siapa tak suka kalau orang yang kita minat notice kita kan? Happy la.

"Bila ramai yang komen positif, kita harap ia doa yang baik-baik untuk Naura Auni," ujarnya lagi.

Neelofa turut berkongsi foto ini di InstaStory.

Sehingga kini, posting Maisarah menerima hampir 2,000 ulang kicau (Retweet) di laman sosial itu.

Dikongsi semula oleh Neelofa, ia sehingga kini menerima hampir 16,000 ulang kicau.

Dalam posting berkenaan, Naura Auni turut bergaya sambil memegang sebotol susu pisang, produk terbaharu keluaran Neelofa.

Malah, ramai netizen turut mengakui Naura Auni sememangnya memiliki wajah iras selebriti terkenal itu.

"Time mak dia mengandung, selalu tengok muka Neelofa ke?"

"Comelnya dah besar nanti mesti cantik ni.

"Muka dia sama macam Neelofa la," tulis beberapa netizen. 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain