Ratu cantik Filipina dikatakan gabungan wajah Neelofa, Fazura - Hiburan | mStar

Ratu cantik Filipina dikatakan gabungan wajah Neelofa, Fazura

Kylie Verzosa (tengah) memiliki wajah iras Fazura (kiri) dan Neelofa.

RATU cantik Filipina dan ratu cantik antarabangsa 2016, Kylie Fausto Verzosa menjadi perbualan hangat dalam kalangan netizen di laman sosial.

Nama Kylie mula diperkatakan selepas laman Twitter rasmi World Health Organization (WHO) berkongsi video dia menjadi jurucakap kempen kesedaran masalah kemurungan.

Video tersebut diulang kicau (retweet) oleh pemilik akaun bernama @fitrazak yang mengatakan wajah wanita itu adalah gabungan dua selebriti tempatan, Neelofa dan Nur Fazura.

Netizen berpendapat wajah Kylie adalah gabungan Neelofa dan Fazura.

"Eh macam Fazura gabung Neelofa," tulisnya.

Rata-rata pengikut di laman sosial turut bersetuju dan ada juga yang membuat senarai persamaan yang ada pada model yang berasal dari Filipina itu.

"Rambut = Fazura. Mata = Neelofa. Suara = Fazura. Bentuk muka = Fazura. Bibir = Fazura. Gigi = Fazura dan senyum = Neelofa," tulis pemilik akaun bernama Arina.

Tahi lalat di bahagian muka Kylie sama seperti Neelofa.

Malah, suara dan lenggok bicara Kylie juga seakan dilihat seperti pelakon, pengacara dan usahawan terkenal itu.

Menariknya, Kylie juga mempunyai tahi lalat di bahagian muka sama seperti pengacara program Meletop tersebut.

Dalam pada itu, ramai juga berpendapat Kylie turut memiliki iras wajah seperti Izara Aishah, Maya Karin, Tya Ariffin dan beberapa selebriti Malaysia.

Kylie Verzosa , Fazura , Neelofa

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain