suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“It's a boy!” - Mia Ahmad selamat bersalin anak sulung

Mia Ahmad kini bergelar ibu. Foto Instagram @mia.ahm4d

PELAKON Mia Ahmad selamat melahirkan bayi lelaki pukul 11.15 pagi di sebuah pusat perubatan di Johor Bahru pada Jumaat.

Berita gembira itu dikongsi oleh suaminya yang juga penjaga gol Johor Darul Takzim (JDT) iaitu Izham Tarmizi di laman Instagram.

"Syukur Alhamdullillah, isteri saya selamat melahirkan anak sulung kami tadi.

"Alhamdulillah dan terima kasih kepada yang mendoakan. It's a boy," tulisnya di laman tersebut.

Rata-rata pengikut mengucapkan tahniah kepada pasangan ini atas kelahiran cahaya mata itu.

Izham berkongsi berita gembira di laman Instagram miliknya pada pagi Jumaat.

"Tahniah... Alhamdulillah lahirnya seorang putera di hari yang cukup mulia ini. Semoga menjadi anak yang soleh penyejuk mata ibu dan ayah," komen Fiezah Osman.

"Alhamdulillah, Syukran. Mia selamat melahirkan bayi lelaki di hari Jumaat yang barakah," tulis Hasiah Mohammed.

"Semoga baby membesar menjadi anak kebanggaan mummy dan daddy serta membesar menjadi anak soleh," kata Afiezah pula.

Mia atau nama sebenar Shamiha Ahmad Baderi, 30, dan Izham, 27, berkahwin pada 13 Januari 2017 di Taiping, Perak.

Mia Ahmad, Izham Tarmizi

Artikel Lain