suria

Kekasih awek gomen cadang nak resign, jadi suri rumah selepas kahwin sebab gaji kecil - “Kalau ada anak biar saya jaga, isteri kerjalah”

Seorang lelaki yang bekerja sebagai penyelia di sebuah kedai serbaneka mahu berkahwin dengan gadis pilihan yang bergaji lebih besar. Gambar sekadar hiasan

APABILA berumahtangga, lumrahnya kaum lelaki akan menjadi ketua keluarga dan memikul tanggungjawab memberi nafkah zahir dan batin kepada isteri.

Namun, bukan semua lelaki bernasib baik bergaji besar!.

Seorang pemuda yang menjalinkan hubungan dengan penjawat awam  sejak dua tahun lalu berhasrat untuk berkahwin hujung tahun ini atau selewat-lewatnya tahun depan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Maaf sampai awak terima orang lain” - Duit dah simpan tapi empat kali tangguh kahwin, akhirnya penghidap kanser putus tunang

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja 15 tahun nak tempah pakej kahwin 2025 dinasihat tempuh hidup satu persatu dulu – “Saya tunjuk garfu tu bukan isyarat lucah”

Dia yang bekerja sebagai penyelia di sebuah kedai serbaneka bagaimanapun bercadang untuk menjadi suri rumah sahaja selepas berkahwin.

“Dia kerja kerajaan, saya pula cuma kerja biasa je penyelia di sebuah kedai serbaneka. Gaji dia lebih besar daripada gaji saya.

“Saya cadang nak ajak dia kahwin hujung tahun ni atau tahun depan. Lepas kahwin saya ingat nak duduk rumah je jadi suri rumah,” menurut perkongsian seorang pemuda di halaman Facebook ‘Luahan Orang Bujang’ (LOB).

Luahan seorang pemuda yang mahu berkahwin dengan gadis pilihannya.

Pemuda yang enggan dikenali itu berkata, dia juga akan mengambil tanggungjawab mengasuh anak sekiranya mereka dikurniakan cahaya mata selepas berkahwin.

“Biar dia je kerja sebab saya dah penatlah kerja. Kalau boleh nak duduk rumah pula nanti. 

“Kalau ada anak biar saya je yang jaga, isteri saya kerjalah. Boleh tak macam tu?” soalnya kepada warga LOB menerusi perkongsiannya.

Hasratnya itu mengundang pelbagai reaksi netizen termasuk ada yang menyindir sikap berkenaan diibarat seperti ‘biawak hidup’.

Wajib bagi suami untuk berusaha sebaik mungkin menafkahkan keluarganya dengan segala upaya tanpa berharap kepada pendapatan isteri. 

MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

Malahan ada yang menyarankan pemuda itu mengambil upah menjadi pengasuh di rumah daripada hanya bergantung kepada gaji isteri yang keluar bekerja.

“Apa kata sambil duduk rumah jadi househusband kau ambil upah mengasuh sekali. Jangan nampak sangat kau tu nak jadi biawak hidup!” tulis seorang netizen.

“Wah semangat betul azam lepas kahwin. Nak jadi ahli biawak komodo,” sindir netizen.

“Apa kata dah kahwin nanti jangan suruh bini kau beranak. Tugas dia kau ambil, lebih baik kau jelah yang beranak dan buat semua sendiri,” kata seorang netizen lain.

“Kau boleh mengandung tak? Confident je cakap nak duduk rumah jaga anak,” ujar seorang netizen yang mempersoalkan hasrat pemuda itu.

Reaksi netizen mengenai keinginan seorang pemuda mahu menjadi sura rumah.

Sementara itu, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, wajib bagi suami untuk berusaha sebaik mungkin menafkahkan keluarganya dengan segala upaya tanpa berharap kepada pendapatan isteri. 

Jelasnya, sekurang-kurangnya lelaki itu berusaha menyediakan atau menyumbang tempat tinggal yang selamat dengan kemudahan asas seperti tempat tidur, duduk dan memasak, makanan dan minuman, pakaian untuk isteri dan anak-anaknya.

“Kegagalan menyediakan atau berusaha membantu keluarga akan merendahkan martabat seorang lelaki yang dipertanggungjawabkan dalam syarak untuk menjaga keluarganya.

“Hukum suami menjadi suri rumah adalah tidak digalakkan jika tidak diredai isteri. Namun, jika isteri meredainya maka itu dibenarkan,” kata Mufti dalam satu kenyataan di laman web rasminya mengenai hukum suami tidak bekerja dan menjadi suri rumah.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain