Dipanggil ‘Agong, Permaisuri junior’, 2 budak ini lawat Muzium Diraja selepas tanya siapa tuanku... Paling best Tunku Azizah komenlah! – “Tapi tak sempat lawat pintu gerbang Istana Negara” - Viral | mStar

Dipanggil ‘Agong, Permaisuri junior’, 2 budak ini lawat Muzium Diraja selepas tanya siapa tuanku... Paling best Tunku Azizah komenlah! – “Tapi tak sempat lawat pintu gerbang Istana Negara”

Syahibudil dan Nur Varisha kedua-duanya berusia tujuh tahun menjadi perhatian selepas memakai persalinan seperti Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah. Foto Twitter weallhungry

MUZIUM Diraja di Kuala Lumpur pada Sabtu gempar dengan kehadiran dua kanak-kanak yang bukan sahaja menarik perhatian pengunjung tempatan, malah turut memikat hati pelancong asing.

Manakan tidak, kedua-duanya tampil dalam persalinan seperti Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

ARTIKEL BERKAITAN: Comelnya! Tunku Azizah singgah kedai tepi jalan tanya mi bandung, siap ada permintaan - “Janji tau, ambil nombor telefon dia”

ARTIKEL BERKAITAN: “Tangan saya terketar-ketar sediakan bahan” - Peniaga cemas kedai dikunjungi Agong, Permaisuri, mi bandung licin sebelum waktu!

ARTIKEL BERKAITAN: Tunku Azizah komen mi bandung Sg Lembing paling sedap di dunia, tauke kedai buntu... macam mana nak kongsi resepi ni?

Gambar-gambar mereka dalam dua persalinan yang dipadankan bersama foto Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong, dikongsikan di Twitter @weallhungry dan mendapat respons daripada Tunku Azizah.

Syahibudil dan Nur Varisha semasa berkunjung ke Muzium Diraja.

“Mashallah, cutenya... bersemut telefon baharu saya,” tulis Tunku Azizah menerusi laman sosial Twitter @cheminahsayang pada Sabtu.

Pengguna Twitter itu kemudian ‘menambah semut’ dengan video aksi dua kanak-kanak berkenaan yang merupakan sepupunya dengan merujuk sebagai ‘Agong junior’ dan ‘Permaisuri junior’.

“Ni bersemut... dah dikerumuni kerengga,” titah Tuanku sehingga mencuit hati warganet.

Ibu kepada salah seorang daripada kanak-kanak itu, Shadathul Naien Abu Bakar, 43, berkata, gambar yang tular itu adalah anak lelakinya, Syahibudil Ansyaufi Azman dan anak saudara, Nur Varisha Ali Azmi, kedua-duanya berusia tujuh tahun.

Komen Tunku Azizah terhadap perkongsian pengguna Twitter @weallhungry.

Shadathul memberitahu, dia bersama anaknya, kakak ipar dan dua anak saudaranya bertolak dari Kulai, Johor ke Kuala Lumpur pada Jumaat dan berjumpa l seorang lagi anak sudara di ibu negara untuk melawat Muzium Diraja pada Sabtu.

Namun katanya, lawatan tersebut bertitik tolak daripada majlis penutup sambutan bulan kemerdekaan di sekolah rendah anak lelaki dan anak saudaranya pada 17 September lalu apabila memilih pakaian beragam yang sesuai mengikut tema tradisional kaum.

“Anak saya, Syahibudil dan Varisha belajar di sekolah yang sama dan mereka kena pakai baju beragam sempena majlis penutup sambutan bulan kemerdekaan.

“Dalam kesibukan saya bekerja dan saat akhir, terfikir untuk pakaikan mereka dengan konsep kemelayuan seperti busana rasmi Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong. Jadi saya tempah baju termasuk aksesori yang disewa dan dibeli dalam tempoh dua hari sebelum majlis,” katanya kepada mStar.

Dua kanak-kanak ini (gambar kanan) dengan aksi bersahaja mengikut gaya Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong (gambar kiri).

Shadathul berkata, sejak majlis tersebut, rakan-rakannya termasuk pelajar senior di sekolah memanggil mereka dengan gelaran ‘Agong’ dan ‘Permaisuri’.

“Anak saya dan anak saudara beritahu kawan-kawan dan murid senior panggil mereka Agong dan Permaisuri. Anak saya tanya, kenapa mereka panggil Agong? Saya jawab Agong tu raja.

Kawan-kawan dan murid senior panggil mereka Agong dan Permaisuri. Anak saya tanya, kenapa mereka panggil Agong? Anak saudara pula tanya, kenapa mereka panggil Permaisuri?

SHADATHUL

“Anak saudara pula tanya, kenapa mereka panggil Permaisuri? Saya jawab Permaisuri tu isteri kepada Agong. Kita panggil Agong dan Permaisuri tu tuanku.

“Mereka tanya lagi siapa tuanku dan kat mana mereka tinggal? Saya tunjuk gambar-gambar tuanku lepas tu saya kata nanti ada masa saya akan bawa mereka ke satu tempat untuk perjelaskan lagi siapa tuanku dengan lebih mendalam,” tambahnya.

Selain pengunjung tempatan, kehadiran Syahibudil dan Nur Varisha turut memikat pelancong asing. Foto ihsan Shadathul Naien Abu Bakar

Dia yang bekerja sebagai kerani itu berkata, segala persoalan terjawab semasa kunjungan mereka ke Muzium Diraja selama lebih dua jam.

“Ada dua persalinan kami pakaikan untuk Syahibudil dan Varisha. Kat Muzium Diraja, ramai pandang siap panggil ‘Agong kecil’ dan ‘Permaisuri kecil’.

“Memang kami pakaikan persalinan itu di muzium dan ambil gambar sebagai kenangan. Malah, ada juga pengunjung tempatan dan pelancong asing turut ambil peluang bergambarvbersama mereka,” ujar ibu kepada tiga anak itu.

Syahibudil (kanan) dan Nur Varisha (kiri) bersama adik lelaki Nur Varisha, Muhammadn A'idz Affan Mohd Ali Azmi, 5.

Shadathul bagaimanapun menjelaskan bahawa mereka tidak berkesempatan melawat pintu gerbang utama Istana Negara di Jalan Tuanku Abdul Halim kerana perlu bergegas ke aturcara lain selepas itu dan terpaksa pulang semula ke Johor pada hari sama, berikutan hari persekolahan pada Ahad.

“Memang ada hajat untuk bawa mereka tengok Istana Negara, dan kata inilah tempat tinggal Agong dan Permaisuri Agong… suatu hari nanti, insyaAllah,” katanya.

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain