suria

Hampir 30 tahun mengajar, selepas bersara geng mengaji pula minta belajar bahasa Cina – “Macam reunion, ramai bekas pelajar cari dia”

MUNGKIN sesetengah orang, belajar hanya pada usia muda. Hakikatnya ilmu tidak pernah mengenal usia.

Perkongsian seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Aina Zulaikha Sobri mengenai sekumpulan warga emas belajar bahasa Cina mendapat perhatian pengguna Twitter.

Lebih membanggakan, cikgu yang mengajarnya itu adalah ibunya sendiri, Ropia’ah Otman, yang juga bekas pendidik.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak terkilan tak sudah gagal tunai permintaan solat jenazah, “Dua kereta tak sempat jual, ibu pergi dulu”

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu mentua mastermind buat kejutan untuk menantu... ini memang ‘rare’! “Kena tunggu berdiri di sebalik langsir... separuh kek juga dia habiskan”

Aina Zulaikha atau lebih mesra disapa Nana mengakui ibunya yang berusia 59 tahun itu memang fasih berbahasa Mandarin sejak di bangku sekolah rendah lagi.

“Ketika ibu masih menjadi guru, dia hanya berpeluang kira-kira 10 tahun sahaja mengajar di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) di Pulau Pinang. Sebelum itu  20 tahun ibu mengajar di Kelantan.

Keluarga bahagia Aina Zulaikha.

“Lebih kurang tiga hingga empat tahun lepas ibu bersara dan tinggal di kampung Tasik Gelugor, Pulau Pinang.

“Jiwa pendidiknya tidak pernah pudar selepas ibu bersara apabila dia meneruskan kelas tuisyen atas permintaan ibu bapa di kampung,” kongsi Nana kepada mStar.

Menurut Nana, ibunya mula mengajar kelas bahasa Cina setiap kali selepas tamat kelas mengaji.

“Beberapa hari lalu ibu kongsi video dia sedang mengajar bahas Cina. Memang nampak menarik dengan kesungguhan rakan-rakan sebayanya belajar benda baharu.

Jiwa pendidiknya tidak pernah pudar selepas ibu bersara dan meneruskan kelas tuisyen.

AINA ZULAIKHA SOBRI

Anak Cikgu Robia"ah Othman

“Sebenarnya ia tidak dirancang pun. Mula-mula hanya beberapa orang sahaja yang ikuti kelas ibu, tetapi selepas empat kali kelas, makin ramai yang ‘join’.

“Ia nampak sangat mudah. Lagipun ibu hanya mengajar ayat-ayat yang selalu digunakan dalam percakapan harian.

“Walaupun sudah menjadi suri rumah sepenuh masa, waktu ibu juga amat penuh apabila ada segelintir ibu bapa keturunan Cina yang datang ke rumah minta ibu ajarkan anak-anak mereka.

Sebahagian daripada rakan-rakan mengaji cikgu Robia'ah ketika kelas belajar bahasa Mandarin.

“Mereka ada cakap, cara ibu mengajar lebih mudah difahami kerana ibu faham kedua-dua bahasa,” jelas gadis yang mengikuti Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan ini.

Dalam pada itu, Nana turut berkongsi cerita selepas video ibunya itu menjadi tular.

“Saya hanya sekadar berkongsi di laman sosial dan tak sangka ramai yang memberi komen-komen positif.


“Lebih menarik, bekas anak-anak murid ibu ketika mengajar di sekolah Cina dulu datang mencari ibu saya. Mereka sebenarnya dah lama cari dia, kira macam reunion bekas pelajar dan guru.

“Dalam pada itu, bagi saya tidak salah untuk kita belajar bahasa ketiga. Apa yang penting minat dan kesungguhan untuk kita belajar dan ianya tidak mengira usia,” jelasnya.

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my
Ibu, Kelas, Bahasa Cina, Mengaji

Artikel Lain