suria

Remaja 15 tahun nak tempah pakej kahwin 2025 dinasihat tempuh hidup satu persatu dulu – “Saya tunjuk garfu tu bukan isyarat lucah”

Foto Nurhelmy atau Bek menunjukkan garfu menjadi tular susulan memuat naik semula tangkapan skrin perbualan jurugambar lain dan bakal pelanggan. Foto Facebook Nurhelmy Ahmad/Sumber Facebook

GARA-gara pertanyaan mengenai pakej fotografi untuk majlis perkahwinan yang dirancang pada 2025, seorang jurugambar membalas dengan gambarnya menunjukkan sebatang garfu, seolah-oleh memberi amaran keras.

Menerusi tangkapan skrin perbualan yang dimuat naik di halaman Facebook jurugambar itu, bakal pelanggan tersebut mahu membuat tempahan awal bagi mengelakkan harga servis yang dikenakan lebih mahal.

ARTIKEL BERKAITAN: Jurugambar dapat mesej ‘rare’... nak pakej kahwin, tapi baru nak cari calon, “Mustahil kalau orang nak ‘ngorat’ saya”

ARTIKEL BERKAITAN: 'Bagi hati' jadi 'makan hati'! Kena 'ayat' dengan pelanggan, abang Foodpanda dedah perbualan penuh, ramai terkejut pengakhirannya!

Apabila ditanya, rupa-rupanya bakal pelanggan itu baru berusia 15 tahun dan merancang untuk berkahwin dengan kekasihnya selepas tamat pengajian di universiti.

“Saya baru 15 tahun bang. Saya dah pelan dengan awek saya nak kahwin lepas kami habis belajar U nanti. Jadi, saya dah buat kira-kira mungkin 2025 kami kahwin,” ujar bakal pelanggan itu.

Mesej yang sebelum ini tular dikongsikan semula.

“Semoga dipermudahkan dik. 2025 done booking (buat tempahan). Abang suka cara adik. Nah garfu. Awak tu yang nak kahwin tahun depan dah buat persiapan? Ke single lagi,” menurut perkongsian yang tular sehingga dikongsi lebih 2,000 kali dalam tempoh kurang 24 jam.

Jurugambar itu, Norhelmy Ahmad mendedahkan bahawa perbualan menerusi aplikasi Whatsapp itu bukan miliknya tetapi tidak menyangka posting yang dikongsinya pada Jumaat mendapat sambutan luar biasa.

“Sebenarnya ia bukan milik saya dan pernah dimuat naik September tahun lalu oleh beberapa jurugambar termasuk saya. Tapi posting saya masa tu hanya ada beberapa share saja. 

“Tak sangka bila dimuat naik semula, ramai yang baca. Saya cuma tambah gambar saya yang pegang garfu tu dan buat kapsyen bersesuaian,” kata pemuda berusia 25 tahun itu kepada mStar.

Posting Bek yang dikongsi lebih 2,00 kali dalam tempoh kurang 24 jam.

Lebih mesra dengan panggilan Bek, dia bagaimanapun menafikan tanggapan segelintir netizen bahawa pemuda yang memegang garfu di dalam gambar yang dimuat naiknya merupakan ‘bakal pelanggan’ yang berusia 15 tahun itu.

“Ramai yang ingatkan gambar lelaki yang pegang garfu tu adalah budak 15 tahun yang kononnya nak tempah pakej fotografi untuk majlis kahwinnya pada 2025, sedangkan lelaki itu adalah saya.

Saya pilih gambar pegang garfu tu sekadar suka-suka sebab nak tunjuk posting yang dikongsi semula tu kelakar

BEK

“Dan tiada double meaning (maksud tersirat) apabila saya menggunakan gambar tunjuk garfu tu. Tiada isyarat lucah atau kata-kata kesat yang ingin disampaikan.

“Saya pilih gambar tu sekadar suka-suka sebab nak tunjuk posting yang dikongsi semula tu kelakar,” ujarnya yang menjadi jurugambar sambilan sejak dua tahun lalu. 

Mengakui perbualan tersebut bukan miliknya, Bek tidak menyangka postingnya mendapat sambutan luar biasa.

Ketika posting tular seorang remaja merancang untuk pakej fotografi beberapa tahun lebih awal, Bek yang berasal dari Batu Pahat, Johor itu mendedahkan dia terlebih dahulu bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.

“Saya bakal berkahwin akhir Oktober depan. InsyaAllah kawan satu bidang dengan saya akan ambil foto sepanjang majlis perkahwinan itu.

“Saya dan pasangan dah kenal hampir tiga tahun. Rancang nak kahwin ni sejak dua tahun lepas, tapi kami bertunang dulu,” katanya.

Bek bakal menamatkan zaman bujannya pada akhir Oktober depan. Foto bekphotography

Walaupun perbualan itu sudah setahun lalu, namun bagi Bek, remaja tersebut perlu memberi tumpuan kepada pelajarannya terlebih dahulu.

“Masih terlalu awal untuk dia fikir pasal kahwin, dia patut habis sekolah dahulu dan sambung belajar. Dia perlu tempuh setiap perkara tu satu persatu,” katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
kahwin, fotografi, jurugambar, garfu

Artikel Lain