suria

Jurugambar dapat mesej ‘rare’... nak pakej kahwin, tapi baru nak cari calon, “Mustahil kalau orang nak ‘ngorat’ saya”

Afiq menerima mesej 'rare' daripada pelanggan mengenai pakej perkahwinan. Foto instagram @amxsvs / @asyrafmusa_

MENERIMA mesej yang bertanyakan mengenai caj pakej perkahwinan yang dikenakan adalah perkara biasa buat jurugambar perkahwinan.

Namun perbualan bersama seorang bakal pelanggan yang mahu melangsungkan perkahwinan pada Oktober depan menjadi tanda-tanya selepas menerima sebutbharga pakej yang ditawarkan.

Seorang jurugambar berkongsi pengalaman menerusi mesej daripada bakal pelanggan.

Bakal pelanggan: “Ok, kalau macam tu saya cari calon dulu lah. Hehe. Terima kasih.”

Jurugambar: Ok, ni rare. Hahaha. Cari tarikh dulu baru cari calon.”

ARTIKEL BERKAITAN: 'Bagi hati' jadi 'makan hati'! Kena 'ayat' dengan pelanggan, abang Foodpanda dedah perbualan penuh, ramai terkejut pengakhirannya!

ARTIKEL BERKAITAN: 9 tahun tunggu, bekalan elektrik terputus malam pernikahan... Pengantin 'on' nikah, “kami dah sedia, tak kisahlah blackout pun”

ARTIKEL BERKAITAN: Dua kali 'tragedi'! Selepas 5 bulan nikah, pengantin terkejut 'ditenggelamkan' pelamin, bridesmaid... Seminggu sebelum kahwin pun ada kisah tragis

Jurugambar perkahwinan itu, Afiq Asyraf Musa berkata, dia mendapat mesej daripada seorang wanita minggu lalu yang bertanyakan tentang pakej gambar perkahwinan.

Mesej daripada seorang bakal pelanggan yang menimbulkan tanda-tanya.

Menurut pemuda berusia 23 tahun itu, mesej yang dihantar menerusi Whatsapp secara automatik akan meminta mereka untuk menyatakan nama, tarikh dan lokasi majlis.

“Biasanya orang akan kahwin bila dah ada calon. Tak pernah lagi orang cari pakej perkahwinan siap tarikh dan lokasi majlis tapi belum ada pasangan.

“Saya tak rasa ia sebagai satu prank (gurauan), tetapi kelakar. Tanya macam serius, betul-betul nak kahwin... tapi lepas tu jadi lucu,” katanya kepada mStar.

Afiq bergelar jurugambar perkahwinan sejak tiga tahun lalu.

Afiq yang pertama kali berdepan situasi itu sejak bergelar jurugambar perkahwinan tiga tahun lalu berkata, dia menerima mesej berikutnya yang menjawab persoalannya.

Kalau dia betul-betul dah ada pasangan untuk berkahwin, sekarang dia cari calon jurugambar untuk majlis kahwin dia

AFIQ

“Pengirim tu beritahu mesej awal bertanyakan pakej adalah dirinya dan yang mengenai cari calon tu daripada adiknya. Dia mohon maaf.

“Dia kata ‘apa-apa nanti dia hubungi saya. Terima kasih’. Saya kata ok saja. Kalau ada rezeki untuk dia ambil khidmat saya, dia akan mesej saya nanti,” tambahnya.

Mesej yang menjawab persoalan maksud mesej sebelumnya.

Bagaimanapun, misteri kembali menyelubungi fikiran anak jati Johor Bahru itu selepas menerima mesej daripada pengirim berkenaan pada malam keesokan harinya.

“Saya dapat tiga baris mesej daripada pengirim pada waktu malam. Tapi, belum sempat saya baca mesej tu, ia sudah dipadam. 

“Saya ada tanya untuk tahu fasal apa, tapi hampir seminggu mesej tersebut tidak dijawab. Jadi, saya tak tahu apa kandungan mesej tu,” ujar anak kedua daripada empat beradik itu.

Mesej daripada pelanggan keesokan harinya tetapi sudah dipadam sebelum sempat dibaca.

Mengenai netizen yang menyifatkan ia sebagai tanda-tanda pengirim mahu mencari jodoh, sebaliknya Afiq hanya melihat ia sebagai perbualan bersama bakal pelanggan.

“Saya ni seorang yang mudah bergaul dan kelakar, tapi pada masa sama fokus terhadap kerja. Mustahil kalau orang nak ‘ngorat’ saya.

“Kalau ada yang menganggap itu juga tanda-tanda sebab dia tak mahu ambil pakej saya... bagi saya, pakej yang ditawarkan dengan kadar berpatutan.

“Terpulang pada dia buat pilihan bijak. Kalau dia betul-betul dah ada pasangan untuk berkahwin, sekarang dia cari calon jurugambar untuk majlis kahwin dia,” katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
jurugambar, kahwin, calon, jodoh

Artikel Lain