suria

Isteri ‘nakal’, suami terpaksa bermalam di bilik Hello Kitty dengan rakan lelaki, “Sampai nak tidur pun kami gelak”

Tweet dan foto yang dimuat naik oleh Amy menerusi laman Twitter.

TINDAKAN seorang isteri yang membuat prank kepada suaminya dengan menempah bilik hotel berkonsepkan kartun Hello Kitty ternyata menjadi bahan jenaka netizen di laman Twitter.

Berkongsi mengenai hal itu, Zulhelmey Isnin, 29, mengakui berasa janggal, tambahan pula dia menginap di hotel berkenaan bersama seorang lagi rakan lelaki pada Rabu lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pink di sana sini, rumah pusaka usang kini umpama istana fantasi Hello Kitty!

ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin lelaki merajuk baju Melayu gambar ‘Hello Kitty’ tak sempat siap

"Saya dan kawan berangkat ke Melaka sebab ada sesi photoshoot pre-wedding. Kami pergi dua orang je.

"Saya pun ikut sahaja location yang diberi, bila masuk bilik baru tahu. Saya dengan kawan memang tergelak. Tambah-tambah kami berdua lelaki, rasa janggal pun ada. Sampai nak tidur pun kami gelak.

Dekorasi dalam bilik tersebut.

"Biasanya apa-apa urusan tempahan hotel memang saya serah pada isteri. Tak expect pula dia tempah bilik ni. Bilik tema Avengers pun ada kat hotel tu," ujarnya yang mesra disapa Amy sewaktu dihubungi mStar.

Itulah, ramai yang ketawa tengok gambar tu. Tapi biasalah, ada orang yang suka, ada yang tak suka. Tapi saya abaikan sahaja, saya ambil yang positif sahaja.

ZULHELMEY ISNIN

Menurut bapa kepada seorang cahaya mata itu, dia ada bertanya kepada isterinya, Nor Rabiatuladawiyah Abd Rahman selepas mendaftar masuk ke bilik berkenaan, namun hanya menerima reaksi ketawa sahaja daripada wanita itu.

Tambahnya lagi, dia juga tidak menyangka perkongsian foto miliknya di hotel itu akan menjadi tular di Twitter.

"Itulah, ramai yang ketawa tengok gambar tu. Tapi biasalah, ada orang yang suka, ada yang tak suka.

"Tapi saya abaikan sahaja, saya ambil yang positif sahaja," ujarnya lagi.

Amy bersama isteri dan anaknya.

Menurut Amy, bilik yang ditempah isterinya di hotel itu yang terletak di Bandar Melaka cuma berharga kurang RM100.

Amy yang sudah berkecimpung dalam bidang fotografi sejak 2008 berada di sana untuk sesi fotografi bersama sepasang pengantin di Pantai Klebang.

Untuk sesi tersebut, Amy bertugas sebagai videographer manakala rakannya bertindak sebagai jurufoto.

Dalam pada itu, posting Amy di Twitter sehingga kini menerima lebih 21,000 ulang kicau (Retweet).

Malah, netizen turut meninggalkan komen mereka dan turut berjenakan mengenai foto tersebut.

"Tak tahu la nak menangis ke nak gelak ni hahaha," tulis @apipmyblack.

"Gambar pertama tu fake sangat. Kenapa muka tak ceria?" soal seorang lagi netizen secara berseloroh.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain