Pengantin lelaki merajuk baju Melayu gambar ‘Hello Kitty’ tak sempat siap - Semasa | mStar

Pengantin lelaki merajuk baju Melayu gambar ‘Hello Kitty’ tak sempat siap

Pasangan ini memilih tema Hello Kitty untuk mengadakan sesi penggambaran luar. Foto ihsan: Cahaya Pictures Studio

PETALING JAYA: Selepas gambar pasangan mempelai ‘Hello Kitty’ tular di media sosial, ramai yang memuji kesanggupan pengantin lelaki menuruti permintaan isterinya untuk menggayakan busana itu.

Tidak kurang juga ada netizen yang kagum dengan pengantin lelaki yang masih mampu tersenyum ikhlas walaupun tema yang dipilih si isteri adalah watak kartun Jepun yang rata-rata peminatnya di seluruh dunia adalah golongan wanita.

Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya!

ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin ‘Hello Kitty’ kahwin, tapi telefon bimbit jurugambar yang ‘hang’

Idea asal untuk menggayakan persalinan serba merah jambu dengan gambar Hello Kitty itu sebenarnya adalah daripada pengantin lelaki, Ismail Isahak, manakala isterinya Sakirah Md Zain hanya menuruti sahaja konsep tersebut.

"Nampak dia (Hello Kitty) tu comel je, tapi tidaklah bermakna saya meminatinya secara spesifik.

"Saya suka sesuatu yang pelik dan unik," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.

Busana ini dihasilkan sendiri oleh pasangan pengantin. -foto Cahaya Pictures Studio

Menurut Ismail, 27, keluarga mereka juga tidak mempunyai halangan dengan tema tersebut, malah memberi sokongan untuk pasangan berkenaan menggayakannya pada hari bahagia mereka.

Kata jurugambar sambilan itu, idea tersebut dirancang sebulan sebelum majlis perkahwinan, namun tempoh persediaan itu tidak mencukupi untuk menguruskan segala urusan menjelang hari bersejarah mereka.

Apa yang melucukan, Ismail mengakui dia merajuk apabila baju Melayu dengan gambar Hello Kitty yang sepatutnya dipakai tidak sempat disiapkan, menyebabkan dia terpaksa menyarung baju Melayu kosong rona merah jambu.

"Sebenarnya, saya yang teruja nak pakai baju Hello Kitty, tapi baju pengantin lelaki tidak siap-siap.

"Pagi tu saya merajuklah juga kerana tiada baju corak Hello Kitty, jadi saya siapkan samping untuk dipadankan dengan baju Melayu kosong itu," ujarnya dengan nada berseloroh.

Sementara itu, Sakirah, 29, berkata, pada asalnya tema Hello Kitty itu ingin digunakan semasa majlis perkahwinan adiknya, namun tidak diterima.

Ismail dan Sakirah diijab kabulkan pada 18 Ogos di kediaman pengantin perempuan di Ulu Tiram, Johor. -foto Cahaya Pictures Studio

"Sebenarnya, nak buat untuk adik saya, tapi dia seperti tidak berminat. Jadi, kami buat untuk majlis perkahwinan sendiri.

"Suami yang cadangkan sebab dia seorang yang sukakan sesuatu yang unik," kata pemilik butik perkahwinan Eira Zain Bridal itu.

Tambah Sakirah, suaminya memang menyukai sesuatu yang berseni terutamanya kesenian Melayu seperti wau.

Ismail juga pernah mewakili Malaysia ke Festival Layang-Layang Sedunia yang diadakan di Taiwan pada tahun lalu.

Pasangan tersebut berkenalan di sebuah majlis perkahwinan pada Disember 2016 dan kemudian diijab kabulkan di kediaman pengantin perempuan di Ulu Tiram, Johor pada 18 Ogos lalu.

Ketika ditanya sama ada mereka akan menjual busana Hello Kitty tersebut, Ismail berkata, mereka tidak berhasrat untuk menjualnya tetapi sedia menerima tempahan jika ada pelanggan mahu memiliki rekaan yang sama.

Hello Kitty , Cahaya Pictures Studio

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain