ECRL belum dibatalkan kerana kajian masih dijalankan - Tun M - Semasa | mStar

ECRL belum dibatalkan kerana kajian masih dijalankan - Tun M

PETALING JAYA: Kajian sama ada projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) yang bernilai bilion ringgit ditangguhkan atau diteruskan masih dijalankan, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Buat masa ini mereka sedang mengkaji sama ada ditangguhkan atau diberikan kepada pihak lain.

"Tapi, kita harus berbincang dengan mereka (China), kalau mereka setuju, (kemudian) kita boleh lakukannya," kata beliau.

ARTIKEL BERKAITAN: ECRL, TSGP dibatalkan - PM

Perdana menteri diminta mengulas laporan berita yang memetik beliau berkata bahawa projek ECRL akan dibatalkan buat masa sekarang, ketika Dr Mahathir mengadakan lawatan ke China baru-baru ini.

"Apa yang saya kata adalah jika kita boleh, kita akan batalkan projek itu. Atau menangguhkannya.

"Atau kita akan cari jalan lain untuk teruskan tanpa melibatkan wang yang banyak," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sisi inaugural dewan perbandaran bersama kira-kira 150 Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi) dari seluruh negara di sini pada Sabtu.

ECRL adalah projek landasan kereta api sepanjang 688 kilometer (km) bernilai RM81 bilion yang menghubungkan Pelabuhan Klang dan Kota Bharu.

Ia dilancarkan pada tahun lalu dan dijangka siap pada 2024.

Sebuah lagi projek China iaitu Saluran Gas Paip Trans-Sabah (TSGP) sepanjang 662 km dari Kimanis ke Sandakan dan Tawau telah digantung sejak Julai lalu.

Ketika ditanya sama ada beliau telah mendapatkan pinjaman daripada China semasa mengadakan lawatan rasmi tersebut, Dr Mahathir membalas: "Tidak, tidak... kita sudah cukup pinjam daripada China."

Beliau turut ditanya tentang beberapa laporan yang mendakwa Malaysia mungkin tidak akan mendapatkan pinjaman yen sewaktu lawatan Dr Mahathir ke Jepun pada Jun.

"Siapa kata kita tidak dapat pinjaman yen? Maksud saya, anda tidak pergi terus kepada perdana menteri dan berkata 'tolong berikan saya pinjaman yen' dan kemudian dia tulis cek untuk saya.

"Ia perlu dilakukan dengan betul. Kini, pegawai kami sedang berusaha untuk mendapatkan pinjaman yen," katanya. - Bernama/The Star

ECRL , TSGP

Artikel Berkaitan

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain

Meghan Markle hamil anak ke-2?