suria

Jumpa pakcik ‘merayau’ tengah malam, 3 pemuda hantar ke TBS… “Jumpa kita di syurga”

Tindakan seorang pemuda dikenali sebagai Ajak Santero yang menghantar seorang lelaki ke TBS menaiki motosikal menerima pujian ramai.

"JUMPA kita di syurga!" Demikian kata seorang lelaki berusia 50-an kepada tiga anak muda yang sanggup menghantarnya dari Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) dengan menaiki motosikal pada malam Ahad lalu.

Kisah sayu itu dikongsi oleh pemuda berkenaan yang dikenali sebagai Ajak Santero sehingga menerima lebih 7,600 tanda suka dan 1,200 perkongsian di Facebook.

Menurut Ajak Santero, dia keluar melepak dari petang sehingga pukul 12 malam pada Hari Raya Aidiladha sebelum terserempak dengan lelaki yang digelar sebagai pakcik itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sepupu tegur kena tengking, suami saya dikata nak tunjuk samseng” - Isteri kesal, dedah sikap AJK masjid nak balik awal

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia ambil makanan tak banyak...” - Siapa lelaki berjubah, berkopiah, tapi di leher ada tatu bunga ros?

"Tuhan dah atur jalan tu cantik. Pusing kampung tanpa arah tuju jam menunjukkan pukul 1 pagi.

"Terjumpa seorang pakcik dalam linkungan 50-an dengan beg galas tepi jalan berdekatan masjid Taman Medan sedang melambai menahan kenderaan. Kami bertiga pun berhenti, bertanya sebab," tulis pemuda itu.

Masa kami nak gerak terus pakcik cakap, terima kasih dik. Selamat hari raya. Hati-hati balik. Jumpa kita di syurga.

AJAK SANTERO

Ujarnya, lelaki berkenaan meminta bantuan supaya dihantar ke TBS untuk pulang ke Ipoh selepas dia kononnya tidak dibenarkan bermalam di sebuah masjid berdekatan.

"Dik tolong hantar pakcik ke TBS boleh? Pakcik nak balik Ipoh. Tak ada kenderaan waktu macam ni untuk pakcik ke TBS. Tadi pakcik ke masjid untuk bermalam lepas tu orang halau pakcik keluar," tulis Ajak Santero lagi.

"Member dah buat muka terkejut kes halau keluar dari masjid. Aku mencelah tanya pakcik tu.

"Aik kenapa pula orang masjid nak halau, bukan boleh ke masjid untuk orang musafir tidur?"

"Tak tahu la. Pakcik kena halau keluar. Katanya limit sampai 11 malam je," tulisnya lagi.


Antara komen yang ditinggalkan oleh pelayar Faceobook.

Tak sanggup melihat keadaan lelaki tua itu, dia terus pulang ke rumah untuk mengambil topi keledar tambahan sebelum menghantarnya ke TBS.

Tambah Ajak Santero lagi, pakcik itu juga menangis teresak-esak sebaik tiba ke destinasi (TBS).

"Member aku tanyakan duit belanja, pakcik tu cakap ada... ada, tapi member tetap hulurkan duit belanja. Betul la kata member aku, musafir ni ada duit sekalipun sampai bila je mampu bertahan?

"Masa kami nak gerak terus pakcik cakap, terima kasih dik. Selamat hari raya. Hati-hati balik. Jumpa kita di syurga," tulis Ajak Santero.

Dalam pada itu, ramai netizen turut menghujani posting berkenaan.

Ajak Santero bersama rakannya dalam perjalanan untuk menghantar lelaki itu ke TBS.

Rata-rata mereka memuji tindakan Ajak Santero dan rakannya serta tidak kurang juga yang menyuarakan rasa simpati atas nasib yang menimpa lelaki tua itu.

"Satu contoh yg baik patut diikuti oleh orang lain. Syabas.

"Tak semua budak motor jahat. Terbaik anak muda.

"Terbaik anak muda... mudahan akan ada ramai lagi anak muda yg berhati mulia seperti hampa..terbaik," tulis beberapa pelayar Facebook.

Semoga budi baik pemuda ini dapat menjadi pengajaran kepada kita semua kerana setiap amal kebaikan itu akan mendapat ganjaran di akhirat kelak. 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain