suria

Tepuk dahi tengok 2 pemuda masuk drive thru naik motor, “Langsung tak ada niat nak hina”

Tweet milik gadis itu yang disertakan dengan sekeping foto drive thru menggunakan motosikal yang dikecam ramai.

LANGSUNG tidak berniat untuk menghina, demikian kata seorang gadis yang dikecam netizen gara-gara memuat naik foto dua lelaki sedang melakukan pembelian menerusi kaunter pandu lalu (drive thru) sebuah restoran makanan segera di ibu negara pada Ahad.

Menurut Fara Syaqira, 22, dia sekadar mahu berkongsi foto berkenaan menerusi Twitter kerana baru pertama kali melihat urusan pembelian 'drive thru' menggunakan motosikal.

ARTIKEL BERKAITAN: Macam pandu lalu, tapi ini namanya ‘tali thru’ ala Laksamana Do Re Mi

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu digelar syaitan, usahawan ini dikecam sekali lagi beralih dari tudung labuh ke tudung bawal, “Tak suka jangan follow”

"Sebenarnya itu kali pertama tengok orang drive thru naik motor. Tak sangka orang ramai kecam. Saya start perasan orang kecam pagi tadi (Isnin).

Mungkin orang salah faham pada caption, sebab saya excited nak tweet. Lepastu orang marah sebab saya letak emoji tepuk dahi.

FARA SYAQIRA


"Saya langsung tak ada niat nak hina. Bukan itu niatnya. Saya cuma nak share sebab kali pertama tengok. Sebelum ni saya tak pernah nampak, tapi orang fikir saya nak kutuk mereka.

"Saya tak kisah orang nak kecam, itu pendapat masing-masing. Tapi kalau ada yang melampau, saya balas juga," ujarnya sewaktu dihubungi mStar.


Ramai yang mengecam tweet yang dimuat naik oleh gadis itu.

Menurut anak kelahiran Kota Kinabalu, Sabah itu, dia yang terkesan dengan insiden itu juga mahu lebih berhati-hati di media sosial selepas ini.

"Mungkin orang salah faham pada caption, sebab saya excited nak tweet. Lepas tu orang marah sebab saya letak emoji tepuk dahi.

"Sebenarnya emoji tu bukan ditujukan kepada orang naik motor, emoji tu untuk diri saya sendiri," ujarnya.

Kata Fara lagi, dia menerima banyak kecaman termasuklah yang menuduhnya baru keluar gua dan mempunyai otak lembab.

Antara komen di Twitter.

Dalam pada itu, segelintir netizen yang tidak berpuas hati menghujani posting milik Fara dan turut berkongsi semula tweet berkenaan.

Malah, ada yang menegur Fara agar lebih berhati-hati dalam menulis kapsyen untuk mengelakkan kecaman pada masa akan datang.

"Aku order naik basikal je kot time lepas cycling. Takkan nak masuk McD dengan berpeluh lepas cycling. Common sense tu diwujudkan selepas diberinya otak, kan?

"Bukan first time motor drive thru, tapi you yang first time tengok mat motor drive thru.

"Dah 2019 pun ada lagi tweet camni, bo**h betul.

"Hello drive thru bukan untuk kereta je Ok.

"Baru datang dari kampung ke?" komen beberapa netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain