Mat Salih ini dituduh menyemak tulis tweet dalam Jawi... Rhys William kasihan sikap netizen asyik cari salah

Segelintir individu mengecam tindakan Rhys yang menulis tweet dengan menggunanan tulisan Jawi.

BINTANG YouTube kelahiran United Kingdom, Rhys William yang popular kerana kepetahannya bertutur dalam bahasa Malaysia menjadi perhatian ramai selepas dia memuat naik beberapa siri tweet dalam tulisan Jawi sejak minggu lalu.

Selain dipuji atas usahanya memartabatkan tulisan Jawi, wujud pula segelintir individu yang kurang senang dengan tindakannya itu.

Kata Rhys, 27, dia yang sudah lali dikecam menolak dakwaan kononnya sekadar mahu mencari publisiti memandangkan isu berkenaan sedang hangat diperkatakan ketika ini.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ia Antara Saya Dengan Tuhan” - Rhys William

ARTIKEL BERKAITAN: Personaliti Yotube dituduh tunjuk 'buruk' Kelantan, malukan negeri sendiri hasilkan video mat rempit

"Kalau ikutkan, dah biasa dengan orang macam ni. Ada segelintir orang, dia suka cari masalah.

Rhys dikenali ramai kerana kepetahannya bertutur dalam bahasa Malaysia.

"Rasa kesian, semua benda nak cari salah. Bukan saya buat benda jahat, bukan kutuk orang pun. Saya pun tak sentuh isu politik dan perkauman.

"Saya guna tulisan Jawi sebagai cabaran untuk diri sendiri sahaja. Minggu lepas saya tengok ramai yang pakai tulisan Jawi di media sosial.

"Saya set dengan diri untuk tweet dalam tulisan Jawi selama seminggu," ujarnya kepada mStar.

Mat Salleh pun nak tumpang Jawi revival. Tak paham aku apesal dia ni tak mahu balik enjoy white privelege kat negara sendiri. Menyemak kat sini sebab ramai yang memuja agaknya. Back home takda market.

NETIZEN

Biarpun dikecam, Rhys bagaimanapun terharu apabila ramai lagi netizen yang menyokong dirinya.

Menurut Rhys lagi, dia menggunakan aplikasi telefon bimbit dan ada membuat rujukan kepada rakannya sebelum menulis tweet dalam bahasa Jawi.

"Sebelum ni pernah belajar sikit-sikit. Tapi makan masa juga untuk tulis.

"Kena bina perkataan satu persatu, buat dalam bahasa Malaysia dahulu, lepas tu baru ubah ke tulisan Jawi.

Biarpun dikecam, Rhys mengakui terharu dengan sokongan positif netizen kepadanya.

"Kebanyakannya pakai aplikasi, ia sangat membantu. Tapi saya juga ada rujuk dengan kawan-kawan," ujarnya yang kini menetap di ibu negara.

Baru-baru ini, seorang pelayar Twitter menyelar tindakan Rhys yang menulis tweet dalam tulisan Jawi sehingga ia menjadi tular.

Rhys menggunakan tulisan Jawi menerusi Twitter miliknya.

"Mat Salleh pun nak tumpang Jawi revival. Tak paham aku apesal dia ni tak mahu balik enjoy white privelege kat negara sendiri.

"Menyemak kat sini sebab ramai yang memuja agaknya. Back home takda market," tulis individu tersebut.

Bagaimanapun, ramai netizen tampil mempertahankan Rhys dan memuji sikapnya yang cuba memartabatkan tulisan Jawi.

Artikel Berkaitan

Klik

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Artikel Lain