Viral 14 saat! Perkara ditakuti akhirnya terkena batang hidung... ibu pertahan anak, akui “eh mak aku” reaksi spontan - Viral | mStar

Viral 14 saat! Perkara ditakuti akhirnya terkena batang hidung... ibu pertahan anak, akui “eh mak aku” reaksi spontan

Musyrif mencium pipi ibu sambil disakat ayahnya.

“SEKARANG baru faham apabila terkena batang hidung sendiri tentang kuasa viral komen-komen netizen di media sosial,” demikian luah seorang ibu selepas rakaman video keluarganya menarik perhatian pengguna media sosial.

Menurut Eizan Azura Zainudin, 46, video berdurasi 14 saat bersama anak bongsunya ketika sesi bermaafan di Hari Raya Aidiladha tular dengan lebih 39,000 ulang kicau.

Apa yang menarik, jawapan spontan anak bongsu daripada tiga orang adik beradik itu, Muhammad Musyrif, 10, menjadi bualan warga Twitter.

ARTIKEL BERKAITAN: Aksi spontan bapa mengejutkan penerima Anugerah Dekan ini, "‘Yeay Yeay kasut baru, terima kasih ayah’

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu menjerit terkejut terima tiket konsert, anak pula teruja dapat komen Tok Ti “comelnya mak”

“Saya memang terkejut apabila dia menjawab eh mak aku apabila ayahnya menyakat (jangan lebih-lebih, bini i tu) ketika dia mencium pipi saya.

“Saya ada tanya dia kenapa cakap macam tu dan Musyrif  jawab tak fikir apa yang dicakapnya. Semuanya secara spontan.

“Ayahnya (Mohd Yusnizam Mohd Yassin) memang suka menyakat. Bukan sahaja dengan dia, tetapi dengan tiga lagi anak perempuan kami.

Keluarga 'happy go lucky' Eizan Azura.

“Penggunaan bahasa Melayu Musyrif memang agak teruk sedikit dan ‘aku’ bukanlah panggilan dalam keluarga saya,” jelasnya kepada mStar.

Menurut Eizan Azura, dia sendiri terkejut ramai yang memberi komen dan pelbagai ‘feedback’ berkaitan video tersebut.

“Kami sebuah keluarga yang ‘happy go lucky’ dan suka bergurau antara satu sama lain.

“Apa yang terkeluar dari mulut Musyrif itu memang di luar kawalan apabila disakat memandangkan dia agak rapat dengan saya. Maklumlah anak lelaki seorang.

Saya sendiri takut apabila video berdurasi hanya 14 saat menjadi viral.

EIZAN AZURA ZAINUDIN

Ibu Musyrif

“Dan saya tidak sangka ia menjadi viral. Perkara inilah yang selalu dipesan kepada anak-anak dara saya supaya lebih berhati-hati memuat naik posting di media sosial.

“Saya sendiri rasa takut apabila video pendek hanya 14 saat boleh menjadi viral.


“Tetapi apabila terkena batang hidung sendiri, baharulah faham perasaannya,” tambahnya yang bertugas di agensi kerajaan.


Sebahagian komen netizen berkaitan posting Jasmin.

Rakaman tersebut dimuat naik oleh anaknya, Jasmin Khalidah pada Isnin ketika sesi bermaaf-maafan sempena Hari Raya Aidiladha.

Salah satu komen pengguna Twitter Z berkata: “Belah Jawa dan Banjar nmemang ‘kau aku’ je, dengar macam kurang ajar, tapi sebenarnya tak pun... ada je guna panggilan yang suami isteri selalu guna.

Mak , Anak , sakat , ayah

Artikel Lain